7 tempat rekreasi terindah yang patut anda kunjungi di Taiwan

7 tempat rekreasi terindah yang patut anda kunjungi di Taiwan

  • March 18, 2019
  • 0 comments

TAIWAN bukan sekadar kota yang dipenuhi bangunan pencakar langit dan lorong yang menarik, ia juga kaya dengan keajaiban alam semula jadi yang menanti kunjungan anda. Nikmati 7 tempat rekreasi yang menarik di bawah.

1. New Taipei Tamsui Fisherman’s Wharf Pernah menjadi pelabuhan perikanan penting, Tamsui Fisherman Wharf kini terkenal sebagai lokasi menyaksikan panorama indah matahari terbenam dan menikmati hidangan makanan laut yang lazat. Siap pada tahun 2013 ‘Lover Bridge’ menjadi latar belakang romantis untuk pasangan yang menyusuri di sepanjang pelantar laluan. Pengangkutan awam yang ada adalah MRT – Stesen MRT Tamsui.

Tamsui Fisherman's Wharf.

Tamsui Fisherman’s Wharf.

2. Taipei Yangmingshan National Park Di sini ada segalanya. Daripada berjalan menyusuri denai, laluan berbasikal, menikmati keindahan flora, fauna hingga mata air panas. Ketika musim berubah, keindahan taman ini turut berubah. Dari Januari hingga Mac, pengunjung berpeluang melihat keindahan bunga sakura yang mekar dan dari April hingga Mei merupakan musim bunga lili. Pengangkutan awam di terdekat adalah Stesen MRT Jiantan kemudian naiki bas R5, S15 atau S17 untuk ke Stesen Yangmingshan.

Yangmingshan National Park.

Yangmingshan National Park.

3. Miaoli Tung Blossom Festival

Festival Tung Blossom begitu bermakna bagi masyarakat Hakka kerana pokok adalah sumber yang penting. Mereka akan mendapatkan minyak dan menggunakan kayunya untuk menghasilkan barangan kegunaan. Festival ini bermula dari Mac hingga Mei setiap tahun. Rancanglah perjalanan anda antara Mac hingga Mei untuk melihat bunga mekar sepenuhnya. Pengangkutan awam yang anda boleh naiki ialah kereta api di hentian terdekat Stesen Keretapi Miaoli, terletak di perbandaran berbeza di Miaoli County.

Tung Blossom Festival.

Tung Blossom Festival.

4. Nantou Sun Moon Lake Nikmati kehijauan alam dan kebiruan tasik sambil berbasikal. Jika tidak minat mengayuh, anda boleh menaiki bas untuk mengelilingi rasik atau kereta kabel di Sun Moon Lake Ropeway untuk melihat pemandangan sekitar dari atas tasik. Hentian awam terdekat di sini ialah Stesen HSR Taichung kemudian naiki Taiwan Tourist Shuttle Sun Moon Lake Route untuk ke Sun Moon Lake.

Sun Moon Lake.

Sun Moon Lake.

5. Taichung Zhongshe Flower Market Kunjungan anda akan disambut dengan hamparan bunga di Zhongshe Flower market. Inilah tempat yang sesuai jika anda ingin menyusuri taman gaya Eropah dan mengagumi bunga-bungaan. Selain menikmati pengalaman indah ini, anda juga boleh mengunjungi kafe untuk minum petang di tengah-tengah lautan bunga. Bersedia saja dengan kamera anda untuk mengabadikan kenangan di sini. Untuk info, Januari hingga Mac adalah musim bunga tulip dan lili berkembang. Pengangkutan awam yang boleh anda guna adalah keretapi di hentian terdekat Stesen Keretapi Houli kemudian ambi teksi untuk ke Zhongshe Flower Market.

Zhongshe Flower Market.

Zhongshe Flower Market.

6. Nantou Qingjing Farm Padang rumput hijau tersembunyi di sebalik kabus pagi Gingjing Farm telah mendapat nama samaran “syurga dalam kabus”. Di sini anda boleh menikmati persembahan menggembala biri-biri, bermain dengan anak lembu, melihat ladang-ladang bunga dan teh terbentang serta menjejak laluan denai. Waktu dibuka 8 pagi hingga 5 petang. Anda boleh menggunakan kenderaan awam di hentian terdekat Stesen Keretapi Taichung atau Stesen HSR Taichung, kemudian naikiBas Nantou ke Stesen Puli dan tukar ke Qingjing.

Qingjing Farm.

Qingjing Farm.

7.Taichung Wuling Farm Untuk merasai suasana kehidupan di ladang, Wuling Farm menawarkan pengalaman serba lengkap. Anda boleh menikmati pemandangan luar biasa di pergunungan, air terjun, pokok buah-buahan seperti pear, pic dan epal; sayur-sayuran dan teh. Ia juga lokasi terbaik untuk melihat bunga sakura ketika musim bunga dan daun maple pada November dan Disember setiap tahun. Untuk ke sini boleh guna pengangkutan awam di stesen terdekat Stesen Keretapi Yilan, kemudian naiki Bas Guoguang untuk ke Wuling.

Wuling Farm.

Wuling Farm.

#sihataktif #jomrelaks



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge