57 maut akibat denggi tiga bulan pertama 2019

57 maut akibat denggi tiga bulan pertama 2019

MENGAPA kita kurang peduli tentang denggi sedangkan penyakit itu telah membunuh 57 orang hanya dalam tempoh kira-kira tiga bulan pertama tahun ini.

Seperti penyakit lain, denggi juga berbahaya kerana tiada ubat untuk merawat dan tiada vaksin untuk mencegah.

Kes denggi meningkat beratus kali ganda tetapi masyarakat seolah-olah tidak peduli.

Untuk menghapuskan 100 peratus agak mustahil kerana negara kita beriklim khatulistiwa di mana hujan dan panas sepanjang tahun yang amat sesuai untuk pembiakan Aedes.

Apa yang kita boleh lakukan bagi meminimumkan risiko terdedah kepada denggi ialah memastikan kawasan rumah dan sekitar kita bebas daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Jika semua masyarakat sedar peranan yang mereka perlu mainkan, tidak mustahil jumlah kes dan kematian akibat denggi dapat dikawal.

Tanggungjawab memastikan keluarga bebas denggi terletak di tangan anda.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *