Mohd Shukri kekal bertahan dalam kerjaya membaiki dan mengubah suai seluar jean, tanpa jemu sejak 38 tahun lepas. Foto Bernama
MEMAHAMI kehendak pelanggan serta mengutamakan kualiti jahitan adalah ‘resepi’ utama pemilik Amarru Jeans Repair, Mohd Shukri Amal, 56, kekal bertahan dalam kerjaya membaiki dan mengubah suai seluar jean, tanpa jemu sejak 38 tahun lepas.
Mohd Shukri yang mesra disapa ‘Mat’ oleh rakan-rakan dan pelanggan menjelaskan, kedua-dua faktor itu amat dititikberatkan kerana ia menjadi asbab pelanggan terus mempercayai hasil kerjanya.
“Bagi saya, 80 peratus adalah menepati kehendak pelanggan manakala 20 peratus lagi kepada kualiti jahitan (seluar) itu sendiri.
Bila kedua-duanya sukses, Insya-ALLAH pelanggan akan puas hati.