Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • World #QuranConvention: Banyak ganjaran dalam surah al-Insan

World #QuranConvention: Banyak ganjaran dalam surah al-Insan

Helmi Aziz December 2, 2023 2 minutes read
2446223.jpg

SEPANG – ALLAH SWT lebih banyak menyebut mengenai ganjaran kepada umat Islam jika melakukan kebaikan berbanding hukuman seperti yang terkandung dalam surah al-Insan.

Pengarah Program World #QuranConvention, Nouman Ali Khan berkata, surah tersebut unik untuk difahami dengan baik oleh umat Islam agar mereka boleh mendapat ganjaran yang dijanjikan.

“Beberapa tahun lalu semasa di New York, saya sedang duduk dalam satu bangunan korporat sambil mendengar semula bait-bait surah ini.

“Ada seorang lelaki yang lihat terus tanya kepada saya, awak Muslim? Kenapa orang Islam bersungguh nak masuk syurga?

“Saya jawab persoalan dia dengan menerangkan betapa mulianya ALLAH SWT yang menjanjikan ganjaran kepada umat Islam walaupun sekecil-kecil kebaikan dan individu ini mendengar dengan tekun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama penutupan surah al-Insan bertemakan Usaha dan Ganjaran yang diadakan di Hotel Movenpick dan Pusat Konvensyen KLIA di sini pada Sabtu.

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar duli ke konvensyen sehari itu anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan Bayyinah Institute

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

World #QuranConvention (WQC) bertemakan ‘Serve To Be Served: A Divine Guidance From Surah al-Insan’ merupakan sebuah program berasaskan al-Quran bertaraf antarabangsa.

Penyertaan melibatkan peserta dari Australia, Belgium, Brunei, Kanada, Jerman, Perancis, Indonesia, India, Mesir, Indonesia, Singapura, Filipina, Amerika Syarikat, Uzbekistan, Nigeria dan Palestin.

Sinar Harian

Selain Nouman, penceramah jemputan lain ialah Imam Besar Masjid Istiqlal, Profesor Dr KH Nasaruddin Umar dan Pengasas Ibn ‘Ashur Centre, Dr Sohaib Hussein.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: World #QuranConvention: Kebaikan perlu dimulai terhadap ahli keluarga
Next: Syukuri setiap ujian, sebar kebaikan demi ALLAH SWT

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.