Wetland Kampung Belukar Durian dan Paya Bakau

Tanah Lembab Kg Belukar Durian Dan Paya Bakau

 

Wetland Kampung Belukar Durian dan Paya Bakau

Kampung Belukar Durian terletak di Sedili Kecil daerah Kota Tinggi. Walaupun dinamakan Belukar Durian, namun tidak keterlihatan pokok durian. Yang ada hanyalah ikon mercu buah durian di simpang jalan ketika memasuki kampung tersebut.

Menaiki bot menelusuri Sungai Sedili Kecil berpeluang melihat pokok kayu bakau dan hidupan paya bakau. Pemandangan hijau cukup menenangkan. Air sungai mengalir beralun lembut. Pasang surut harian sungai dan taburan hujan  penting untuk kestabilan ekosistem hutan paya bakau. Contohnya, ketika air pasang ikan belacak / ikan belodok / ikan tembakul akan memanjat pokok bagi mengelakkan serangan pemangsa.

sungai Sedili
sungai Sedili

Terdapat banyak rumah tradisional di situ dan dikelilingi kebun dan belukar. Walaupun banyak tanah kosong namun tanah-tanah tersebut kebanyakan dimiliki untuk pecahan lot kediaman, kebun dusun dan aset simpanan pelaburan masa akan datang memandangkan terdapat pembangunan projek RAPID di kawasan tidak jauh dari kampung ini. Sudah pastinya keupayaan memiliki tanah yang semakin terhad ini kerana pasaran hartanah akan meningkat dari masa ke semasa.

hutan paya bakau
pokok hutan paya bakau

Kampung Belukar Durian mempunyai hutan paya bakau. Sesi taklimat oleh tourguide menerangkan lebih lanjut berkaitan spesis-spesis bakau dan kepentingan memelihara kawasan tanah lembap. Terdapat 4 jenis ekosistem hutan di kawasan Kampung Belukar Durian seperti hutan pantai, hutan bakau, hutan payau air sungai dan hutan paya air tawar. Ketika  menyusuri “boardwalk” di Wetland Belukar Durian dapat memberi peluang untuk melihat dengan lebih dekat hutan paya bakau. Namun kelihatan laluan boardwalk yang agak uzur memerlukan lebih emantauan tapak dari pihak KEJORA agar wetland disitu kekal relevan menjadi pilihan para pencinta alam.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *