Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • Wanns Ahmad Melancarkan Lagu Terbarunya Yang Berjudul ‘Syayangku’
  • News

Wanns Ahmad Melancarkan Lagu Terbarunya Yang Berjudul ‘Syayangku’

Helmi Aziz February 9, 2024 2 minutes read

Penyanyi dan pelakon yang semakin popular, Wanns Ahmad, kembali memikat hati peminatnya dengan melancarkan lagu terbarunya yang berjudul ‘Syayangku’. Wanns, atau Wan Nursalam Wan Ahmad yang dikenal melalui lagu ‘Terus Mencintaimu’ pada tahun 2015 yang kini kembali viral, kini menawarkan pengalaman musik yang lebih seronok dan memikat dengan lagu baru ini yang diciptakan sepenuhnya oleh Wanns sendiri.

Dalam satu kenyataan, Wanns Ahmad berkongsi, “Saya sangat berbesar hati dapat berkongsi lagu terbaharu ini dengan semua peminat yang setia menunggu hampir 10 tahun selepas single pertama Terus Mencintaimu. Alhamdulillah, apa yang membuatkan saya lagi gembira lagu Syayangku juga turut diterima sebagai lagu OST drama Surat Dari Tuhan”.

“Syayangku adalah perasaan atau luahan hati terhadap seseorang yang kita jatuh cinta. Lagu ini turut mengajar kita untuk lebih berani untuk meluahkan isi hati kepada seseorang. Selain itu, saya juga ingin meraikan semua wanita terutama wanita yang berkongsi nama Sya dan untuk mereka yang menghadapi kesukaran menyebut huruf “S”, tambah Wanns lagi ketika ditemui dalam sidang media pelancaran lagu Syayangku yang bertempat di RedBox, The Gardens.

Muzik video rasmi untuk Syayangku telah dilancarkan pada 18 November 2023 di Youtube NSR Malay dan sehingga kini telah mencapai lebih 140,000 jumlah tontonan. Bukan sahaja berbakat sebagai seorang komposer dan penulis lirik, Wanns Ahmad sekali lagi membuktikan kebolehannya dengan mengarah dan menyunting sendiri muzik video tersebut.

Bercerita tentang perkembangan terbaharu, selain sibuk menguruskan kerjaya dalam dunia lakonannya, Wanns kini dalam proses menyiapkan lagu-lagu terbaharu dan merancang untuk mengeluarkan mini album atau EP yang mengandungi sekurang-kurangnya lima buah lagu.

“Selepas melihat sokongan peminat yang sangat positif dengan lagu Terus Mencintaimu dan Syayangku, saya mahu mengekalkan momentum ini dengan menghasilkan sebuah EP yang mengandungi lagu-lagu ciptaan saya dan bakal kelar tida lama lagi”, jelas Wanns yang berasal dari negeri jajahan Che Siti Wan Kembang.

Peminat dan pencinta seni hiburan dijeput untuk terus menyokong Wanns Ahmad dengan mendengar dan menghayati lagu Syayangku di semua platform muzik digital. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, peminat boleh mengikuti laman sosial rasmi Wanns Ahmad seperti di Instagram, Facebook dan Tiktok.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Kemunculan Bakat Cilik, NEO Berjudul Oh Ibu
Next: PEPSI Encourages You to “Complete the Unfinished” and Has the Potential to Win Big in the Dragon Year

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.