Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • Universal Music Malaysia Laksana Tindakan Segera Tarik Balik MV Baharu DOLLA
  • Entertainment
  • Music

Universal Music Malaysia Laksana Tindakan Segera Tarik Balik MV Baharu DOLLA

Helmi Aziz November 21, 2025 (Last updated: November 21, 2025) 2 minutes read
ab6761610000e5eb0794860f228ffac401c64a13

Universal Music Malaysia menghargai dan mengambil maklum sepenuhnya kebimbangan orang ramai berhubung penampilan ahli kumpulan DOLLA dalam video muzik terbaharu mereka yang dianggap kurang sesuai dan menimbulkan sensitiviti dalam kalangan penonton. Perhatian turut diberikan terhadap kenyataan terbaru oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berhubung isu tersebut.

Sehubungan itu, Universal Music Malaysia membuat keputusan untuk menurunkan video muzik berkenaan daripada semua platform digital sebagai langkah bertanggungjawab, selain memastikan sensitiviti masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini terus dihormati.

Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim, menjelaskan bahawa keputusan tersebut diambil selepas meneliti semula keseluruhan kandungan produksi serta mempertimbangkan maklum balas yang diterima daripada masyarakat. Beliau menegaskan bahawa sebagai syarikat rakaman yang beroperasi dalam ekosistem majmuk seperti Malaysia, mereka sentiasa menghormati nilai budaya, sensitiviti agama, dan pandangan peminat.

“Kami mengambil setiap maklum balas dengan serius dan bertanggungjawab penuh terhadap kekhilafan yang berlaku. Kami percaya kreativiti dan ekspresi seni harus bergerak seiring dengan kepekaan terhadap norma setempat. Justeru, menurunkan video muzik ini adalah langkah yang tepat bagi menjaga keharmonian dan rasa hormat semua pihak,” katanya.

Universal Music Malaysia turut menegaskan komitmen untuk memastikan setiap perancangan kreatif pada masa akan datang melalui proses semakan yang lebih teliti, termasuk perbincangan dalaman dan konsultasi profesional bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

Pihak syarikat juga merakamkan penghargaan kepada peminat dan masyarakat yang memberikan maklum balas secara terbuka dan membina. Mereka berharap isu ini dapat diselesaikan dengan baik tanpa menjejaskan hubungan antara artis, peminat dan komuniti muzik Malaysia secara keseluruhan.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: What Makes a ‘Real’ QLED? Samsung’s Teardown Uncovers the Truth Behind Its Technology
Next: “Perjalanan”: Sentuhan Jiwa Ernie Zakri dan Andi Rianto Dalam Sebuah Kisah Hidup Berlagu

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
MTR Penang_carousel_v3 -01
  • Arts & Culture
  • Entertainment
  • Live Concerts
  • News

Satukan Ahli Majlis, Konsert Ella Edisi 60 Permata Biru Bakal Gegar Utara

Allya Adriana May 6, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.