Underwater World Langkawi Underwater World Langkawi di Pantai Cenang adalah salah satu daya tarikan yang terdapat di Pulau Langkawi. Disini ada terdapat kehidupan laut marim dan penguin yang dibawakan khas dari Afrika dan penguin jenis Rockhopper berambut ranggi serta Marmoset — iaitu antara spesis monyet paling kecil di dunia. Selain itu, pengunjung berpeluang untuk bagi makan haiwan ini mengikut masa yang telah ditetapkan. Jika di tempat lain anda hanya dapat melihat satu atau dua penguin, Manakala di Underwater World Langkawi mempunyai sekumpulan penguin yang cukup aktif berenang dan bergerak bersama. Dan apabila tiba waktu makan, anak anda pasti tertawa melihat keletah mereka makan berebut-rebut sambil badan mereka berayun-ayun ke kiri dan kanan. Selain penguin, anda juga akan melalui kawasan tropika di mana haiwan-haiwan dibiar bebas berkeliaran dan kawasan terumbu karang yang memaparkan batu-batu karang pelbagai jenis dan warna yang cukup mengagumkan. Waktu Makan Haiwan (Daya tarikan utama) : Penguin Afrika – 11pg dan 2.45 ptg Penguin Rock Hopper – 11:15 pg & 3 ptg Furseal – 2:30 ptg Harga Tiket: Warganegara yang mempunyai MyKad: Dewasa — RM30 Kanak-kanak — RM20 Pelancong asing: Dewasa — RM40 Kanak-kanak — RM30 Waktu Operasi: Isnin – Ahad : 10:00 pg – 6 ptg Cuti Awam : 9:30 pg – 6:30 ptg Post navigation Langkawi cable car Langkawi Wildlife Park