Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Awards
  • TV AlHijrah Martabatkan Seni Nasyid di Anugerah Carta 114
  • Awards

TV AlHijrah Martabatkan Seni Nasyid di Anugerah Carta 114

Helmi Aziz January 22, 2025 2 minutes read
Generic Poster

TV AlHijrah dengan bangga mengumumkan pencalonan akhir bagi tujuh kategori utama yang akan bersaing di Kemuncak Anugerah Carta 114. Acara tahunan kali ketiga ini bertujuan mengiktiraf karya nasyid sebagai medium seni dakwah yang mendidik jiwa, memperkayakan budaya, dan mengangkat martabat seni muzik Islam di Malaysia.

Penganjuran Anugerah Carta 114 bukan sekadar acara penghargaan, tetapi platform bagi karya Islamik tempatan mendapat pengiktirafan, sesuai dengan komitmen TV AlHijrah untuk memastikan seni yang berpaksikan adab dan keimanan terus relevan di arus perdana. Sepanjang 43 minggu siarannya pada tahun 2024, Carta 114 mengamalkan sistem pemarkahan telus yang merangkumi juri profesional dan undian peminat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris, seni ketuhanan bukan hanya tentang hiburan tetapi juga berperanan sebagai jambatan yang menyatukan seni, budaya, dan keimanan.
“Anugerah Carta 114 adalah usaha menyuburkan kesedaran masyarakat tentang nilai seni berpaksikan iman. Kami percaya, seni yang baik adalah seni yang mendekatkan manusia kepada Allah,” katanya.

Perjalanan Menuju Kemuncak Anugerah
Sebanyak 49 lagu telah bersaing dalam Carta 114 tahun ini, namun hanya tujuh lagu terbaik mara ke pentas akhir. Berikut adalah kategori dan pencapaian yang telah diumumkan:

  • Susunan Muzik Terbaik: “Hanya Dia” (Halim Ahmad & Aiman Sidek) mengungguli kategori ini dengan 75%, menewaskan “Sirih Pulang ke Gagang” (74.7%) dan “Gapura” (74.3%).
  • Muzik Video Terbaik: “Sirih Pulang ke Gagang” dinobatkan sebagai juara dengan 75%, mengatasi “Cinta Takkan Tewas” (69.3%) dan “Bebaskan” (67.3%).
  • Lirik Terbaik: “Cinta Luar Biasa” (Rabithah), karya Akmal Mustafa, memimpin kategori ini dengan 79.3%, menewaskan “Cinta Takkan Tewas” dan “Gapura”.
  • Solo Terbaik: Idris Shamsuddin melalui “Cinta Pada-Mu” berjaya meraih markah tertinggi, 85%, mengatasi “Kau Bak Permata” (Haadi, 84%) dan “Husnul Khotimah” (Ezyree Fayyad, 80%).
  • Artis Berkumpulan Terbaik: “Salam Madinah” oleh Madinah dinobatkan juara dengan 85%, menewaskan “Gapura” (82%) dan “Khaulah Al-Azwar” (79%).
  • Kategori Terunggul Carta: “Kau Bak Permata” (Haadi) diumumkan paling unggul hasil gabungan penilaian juri profesional dan pihak produksi.
  • Pilihan Peminat: “Abu Ubaidah” (Darwish) mendominasi dengan 2,221 undi, meninggalkan “Khaulah Al-Azwar” (637 undi) dan “Kau Bak Permata” (462 undi).

Majlis anugerah ini akan berlangsung pada 1 Februari 2025 (Sabtu), jam 9 malam dan disiarkan secara langsung di TV AlHijrah. Penonton bakal disajikan persembahan eksklusif daripada finalis dan artis jemputan, menjadikan acara ini bukan sekadar malam penghargaan seni, tetapi juga santapan rohani untuk menghayati keindahan Islam melalui seni.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan penganjuran Anugerah Carta 114 dan mengikuti perkembangan program ini melalui saluran rasmi TV AlHijrah, platform media sosial, serta portal AlHijrah Online di www.tvalhijrah.com.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Domino’s Raikan Tahun Baharu Cina Dengan Golden Treasure Pizza dan Penghargaan Kepada Hero Penghantaran
Next: CALPIS SODA Cipta Sejarah: Dominasi 5 Minggu Berturut-Turut, Dari Pentas ke Trending!

Related Stories

ST1_8581
  • Awards
  • Community
  • Entertainment
  • News

Pentas Anugerah Seni Cameronian BOH Ke-21 Jadi Saksi Kolaborasi Hebat Merentas Disiplin dan Teknologi

Allya Adriana May 5, 2026
IMG_8924
  • Awards
  • Entertainment
  • Music

Hael Husaini Bersinar Semula di Pentas Antarabangsa Jakarta untuk 30th Asian Television Awards

Helmi Aziz December 5, 2025
1-The official ribbon-cutting ceremony marks the launch of the Arabian Travel Awards 2023.
  • Awards
  • Tourism

Malaysia Shines at Arabian Travel Awards 2025 with Double Wins

Helmi Aziz December 1, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.