Transformasi Digital Golongan PMKS Sempena Yayasan MBI Akan Terus Maju

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) memainkan peranan penting sebagai badan korporat yang menguruskan aset dan pelaburan milik Kerajaan Negeri Selangor, serta bertindak sebagai perwakilan kerajaan negeri dalam menjalankan aktiviti perniagaan yang berada di luar bidang kuasa kerajaan negeri.

Encik Azri, Ketua Yayasan MBI Selangor, menegaskan peranan penting MBI Selangor dalam mempromosikan serta menyokong pembangunan Kerajaan Negeri Selangor, sambil melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dengan penuh dedikasi.

“Platform Selangor (PLATS) merupakan inisiatif terkini Kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan untuk mengubah peniaga mikro, seperti penjaja dan peruncit kecil, ke era digital. Ia tidak hanya menyediakan platform promosi, tetapi juga menjadi direktori digital yang memudahkan mereka mengatasi cabaran ekonomi semasa yang dipengaruhi oleh pandemik COVID-19.

Di Selangor, lebih daripada 20,000 peniaga mikro kini mendapat manfaat daripada PLATS, dengan lebih 1,000 peluang pekerjaan dicipta khusus untuk kumpulan B40 melalui inisiatif PLATS.

“Meskipun pinjaman yang kita berikan tidak begitu besar, iaitu hanya RM3000. Kita percaya dengan modal permulaan itu, mereka mampu membuat inovasi terhadap diri sendiri sekaligus menganjak jati diri untuk terus berusaha dan berdaya saing agar terus maju”.

“Beberapa inisiatif diteruskan dengan mewujudkan direktori digital dengan pembentukan Rakan Digital Selangor bagi membantu peniaga mikro dalam aktiviti promosi melalui saluran media digital dan sosial pada tahun 2021”, ujarnya ktika di temui media dalam majlis Malam Anugerah Platform Selangor (MAPS) 2024 yang telah berlangsung di Sunway Hotel & Resorts di Subang Jaya pada 12 Julai lalu.

Di Selangor, lebih daripada 20,000 peniaga mikro kini mendapat manfaat daripada PLATS, dengan lebih 1,000 peluang pekerjaan dicipta khusus untuk kumpulan B40 melalui inisiatif PLATS.

“MAPS 2024 yang di anjurkan adalah untuk meraikan 12 peserta telah dipilih untuk menjadi peserta terbaik berdasarkan pencapaian mereka sepanjang menjalani Program Latihan Pembangunan Usahawan PLATS (U-PLATS Digital) mewakili 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)”

“MAPS 2024 bukan sahaja menjadi platform untuk mengiktiraf pencapaian peserta PLATS tetapi juga sebagai sumber inspirasi kepada mereka untuk terus maju dan berjaya dalam bidang keusahawanan terutamanya usahawan mikro Selangor pada masa hadapan”. jelasnya.

MBI Selangor yakin bahawa inisiatif PLATS merupakan langkah progresif yang tidak hanya memajukan ekonomi digital di Selangor, tetapi juga berpotensi sebagai pemangkin utama dalam meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Dengan menyokong pertumbuhan sektor ini, PLATS diharapkan dapat mencipta peluang baru, mendorong inovasi, serta meningkatkan daya saing ekonomi Malaysia dalam era globalisasi digital yang semakin mencabar.

Seramai 37,018 peniaga telah berdaftar dengan PLATS sehingga 31 Jun 2024, mencerminkan pencapaian gemilang hasil daripada program dan kempen yang dianjurkan oleh PLATS bekerjasama dengan 12 Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor dan Selangor Youth Community (SAY). Inisiatif seperti PLATS Masuk Pasar (PMP), PLATS Masuk Bazar semasa bulan Ramadan, dan Program U-PLATS Digital telah membawa impak positif yang ketara.