Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Filem
  • Trailer Ejen Ali The Movie 2: Fenomena Baru dengan Tontonan Melebihi 1 Juta dalam Sehari!
  • Filem

Trailer Ejen Ali The Movie 2: Fenomena Baru dengan Tontonan Melebihi 1 Juta dalam Sehari!

Helmi Aziz March 28, 2025 3 minutes read
EATM2 Official Poster #1

Satria Bangkit!
Peminat Ejen Ali kini boleh merasai getaran hebat ancaman baru Neonimus dengan pelancaran Trailer Rasmi #1 Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) di YouTube dan platform media sosial rasmi Ejen Ali pada 25 Mac, jam 3.00 petang! Kini, anda boleh mula mengira hari kerana filem sekuel yang dinanti-nantikan ini bakal menggempurkan pawagam seluruh negara pada Mei 2025. Bersiap sedia untuk misi yang lebih mendebarkan, visual luar biasa, dan kisah yang penuh emosi yang pasti akan mencuri perhatian penonton!

Trailer Rasmi #1 ini membawa penonton menelusuri dunia Cyberaya yang semakin tercabar. Dengan ancaman Neonimus, penggodam misteri yang berusaha memusnahkan kota futuristik ini, Ali mesti menguasai sut SATRIA dengan segera demi melaksanakan misi penyelamatan. Namun, ujian Ali tidak terhenti di situ. Hubungannya dengan Alicia semakin rumit apabila dia kini diberi peranan baru sebagai pemakai IRIS. Drama semakin panas dengan kemunculan bekas Ejen MATA, Rizwan, yang bersekongkol dengan penjahat Dos dan Trez, membawa persoalan tentang motif sebenar mereka. Sementara itu, agensi rahsia MATA melantik Ejen Amir (Neuro) dan Ejen Elle (Inviso) untuk memperkukuhkan pertahanan Cyberaya, bersama Ejen Dayang (Tekno) dan Ejen Ganz (Kombat). Namun, di sebalik semua ini, perubahan besar di belakang tabir Cyberaya membuka ruang bagi Neonimus untuk mencabar Ali dan MATA.

Filem ini menjanjikan aksi berintensiti tinggi, teknologi futuristik, dan perjalanan emosi yang nyata. Semuanya dihiasi dengan muzik latar dari lagu runut bunyi rasmi “Hanya Kamu”, nyanyian Dato’ M. Nasir, yang memberi aura epik dan membawa penonton menyelami perjuangan getir Ali sebagai pengemudi SATRIA.

Sejurus selepas pelancaran, trailer berdurasi 1 minit 23 saat ini mencetuskan fenomena di platform digital, mencatatkan 300,000 tontonan di YouTube dan 1.3 juta tontonan di TikTok dalam tempoh kurang daripada 24 jam! Peminat dari Malaysia dan luar negara, termasuk Indonesia, turut menunjukkan keterujaan yang luar biasa. Antara komen yang menarik:
“Bila nak keluar di Indonesia?”
“Tak sabar nak tengok Ali dan Cyberaya di layar besar!”

Sequel kepada Ejen Ali The Movie (2019) yang berjaya mencatatkan kejayaan luar biasa, kini kembali dengan lebih banyak aksi, lebih banyak cabaran, dan ancaman yang semakin mengerikan. Diterbitkan oleh WAU Animation dengan kerjasama Primeworks Studios dan Komet Productions, Ejen Ali terus menerima sokongan padu, dengan lebih 50,000 penonton menyaksikan tayangan semula filem pertama pada Februari 2025.

Pengarah Usamah Zaid Yasin turut meluahkan keterujaannya:
“Sejak kami mula berkongsi mengenai perkembangan EATM2 tahun lalu, kami menerima pelbagai teori dan spekulasi mengenai identiti sebenar Neonimus. Kami harap filem ini dapat memberi kepuasan kepada peminat setia Ejen Ali, dengan lebih banyak kejutan, humor, dan momen yang menyentuh hati dalam evolusi Ali menjadi versi terbaik dirinya dalam EATM2.”

EATM2 dikuasakan oleh Tenaga Nasional. Jangan lepaskan peluang untuk menonton treler #1 ini! Kongsikan keterujaan anda bersama kami dengan menggunakan tanda pagar rasmi #EjenAliTheMovie2, dan ikuti saluran YouTube rasmi Ejen Ali serta akaun media sosial Primeworks Studios. Film untuk kandungan eksklusif serta kemaskini di sebalik tabir!

Tonton trailer rasmi di:
YouTube: www.youtube.com/ejenali
TikTok: www.tiktok.com/@officialejenali
Facebook: www.facebook.com/ejenali
Instagram: www.instagram.com/ejen_ali
Twitter: www.twitter.com/ejen_ali

Bersiap sedia, Ejens! Misi diteruskan!

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Akim & The Majistret Goncang Dunia Muzik Dengan Single Penuh Semangat, ‘Gasoline’
Next: RASAI KELAZATAN AYAM ZAMRUD – HIDANGAN EKSKLUSIF RAMADAN & SYAWAL DARI THE CHICKEN RICE SHOP

Related Stories

MotherBhumi_Poster_MY_V2
  • Acara & Komuniti
  • Community
  • Event
  • Filem
  • News

Mother Bhumi Hits Malaysian Cinemas May 14 with Fan Bingbing Meet-and-Greet Tour

Farihin Azlan April 22, 2026
“MALAIKAT MALAM” CATAT KUTIPAN RM14 JUTA DI PAWAGAM
  • Box Office
  • Filem
  • Hiburan

“MALAIKAT MALAM” CATAT KUTIPAN RM14 JUTA DI PAWAGAM

Farihin Azlan April 20, 2026
“TARUNG: UNFORGIVEN” LANCAR TRELER RASMI, TAMPIL AKSI PWNUH INTENSITI DAN EMOSI DI PAWAGAM 7 MEI INI
  • Filem
  • Hiburan
  • Seni & Budaya

“TARUNG: UNFORGIVEN” LANCAR TRELER RASMI, TAMPIL AKSI PWNUH INTENSITI DAN EMOSI DI PAWAGAM 7 MEI INI

Farihin Azlan April 20, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.