Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • Tradisi, Seni dan Budaya Pribumi ASEAN Disatukan di Citra Nusa@Muzium 2025
  • News

Tradisi, Seni dan Budaya Pribumi ASEAN Disatukan di Citra Nusa@Muzium 2025

Helmi Aziz August 20, 2025 (Last updated: August 20, 2025) 2 minutes read
Citra

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Jabatan Muzium Malaysia (JMM) telah menganjurkan Program Citra Nusa@Muzium: ASEAN Natives and Indigenous Festival 2025 yang berlangsung penuh meriah hari ini. Majlis perasmian festival berkenaan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perpaduan Negara, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami.

Program yang julung kali diadakan ini bertepatan dengan tema KPN bagi tahun 2025 iaitu “Harmoni Dalam Kepelbagaian”. Festival tersebut memberi peluang kepada pengunjung untuk menyaksikan sendiri keunikan seni, budaya serta warisan masyarakat Orang Asli dan pribumi dari pelbagai negara ASEAN yang dipersembahkan melalui pelbagai aktiviti kebudayaan dan kesenian.

Dalam ucapan perasmiannya, YB Senator Puan Saraswathy menegaskan bahawa penganjuran festival ini memberi nilai tambah besar kepada institusi muzium dalam memperkukuhkan naratif warisan negara. Beliau berkata muzium berperanan sebagai wadah ilmu yang menyuburkan penghayatan masyarakat terhadap kekayaan budaya, sejarah dan alam semula jadi yang menjadi identiti nasional.

Beliau turut menyeru agar Jabatan Muzium Malaysia memperkasa peranan Muzium Adat di Negeri Sembilan sebagai pusat rujukan utama dalam mempromosikan warisan adat dan budaya etnik Malaysia. Menurutnya, Muzium Adat bukan sahaja memperkaya kefahaman masyarakat terhadap adat dan nilai budaya, malah berfungsi sebagai medium penting dalam menyemai semangat perpaduan berasaskan saling menghormati serta penerimaan terhadap kepelbagaian yang menjadi teras negara.

Sepanjang festival berlangsung, pengunjung disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan kebudayaan daripada negara-negara ASEAN, pertandingan menyumpit, permainan tradisional kerchang, kuiz interaktif, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak serta cabutan bertuah. Suasana meriah ini bukan sahaja menghiburkan, malah turut mendidik masyarakat tentang kepelbagaian warisan rantau ASEAN yang harus dihargai dan dipelihara.

Festival Citra Nusa@Muzium 2025 sekali lagi membuktikan komitmen Kementerian Perpaduan Negara dan Jabatan Muzium Malaysia dalam memartabatkan warisan budaya sebagai asas kepada keharmonian dan perpaduan negara.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: MUNAJJIM: SEKUTU IBLIS Tampilkan Kisah Gelap Ilmu Hitam serta Syirik
Next: Transformasi Digital Negara Dipacu Geran Bandar Berasaskan 5G & AI

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.