Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • Titian Budaya UPSI Semarak Integrasi Global Mahasiswa Antarabangsa
  • Education
  • News

Titian Budaya UPSI Semarak Integrasi Global Mahasiswa Antarabangsa

Helmi Aziz October 27, 2025 2 minutes read
Gambar 1

Program Titian Budaya (Anak Angkat Pelajar Antarabangsa) anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi platform penting dalam memperkukuh integrasi silang budaya serta membentuk pelajar antarabangsa yang seimbang dari segi sahsiah dan kemahiran insaniah.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPSI, Prof. Dr. Suriani Abu Bakar, berkata program yang menghimpunkan 79 pelajar antarabangsa daripada 17 universiti mewakili 19 negara bukan sekadar acara sosial, tetapi satu inisiatif strategik untuk memperkasa pembangunan diri dan pengalaman budaya pelajar antarabangsa.

Menurut beliau, pelajar antarabangsa berpeluang merasai keunikan budaya, adat resam serta gaya hidup masyarakat tempatan di Setiawan, Perak. Melalui pengalaman bersama keluarga angkat, para peserta dapat mengenali ‘wajah sebenar Malaysia’ di luar persekitaran akademik, sambil menimba nilai kemanusiaan dan menghargai kepelbagaian budaya.

Prof. Dr. Suriani (empat dari kiri) menyerahkan sijil penghargaan kepada
Penghulu Mukim Lumut, Nor Shahidah Ahamad sempena Majlis Perasmian Titian Budaya di
Dataran Utama Lumut, Perak.

Prof. Dr. Suriani menjelaskan bahawa program seperti ini membantu pelajar membangunkan kemahiran komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan dan penyelesaian masalah, yang tidak dapat diperoleh hanya melalui pembelajaran di bilik kuliah. Dalam masa yang sama, masyarakat tempatan turut memainkan peranan penting sebagai ‘duta kecil negara’ dengan memperkenalkan budaya, makanan dan cara hidup masyarakat Malaysia kepada para peserta antarabangsa.

Beliau turut menyeru pelajar antarabangsa agar memanfaatkan sepenuhnya peluang ini dengan semangat persahabatan yang melangkaui batas budaya dan sempadan negara, sekaligus menjadi jambatan ke arah persefahaman global yang lebih harmoni.

Program Titian Budaya yang dianjurkan oleh Pusat Antarabangsa, Mobiliti dan Pengembangan Pendidikan (IMAC) UPSI ini berlangsung dari 23 hingga 26 Oktober 2025, melibatkan pelajar dari Bangladesh, Pakistan, India, Sudan, Indonesia, Jepun, China, Uzbekistan, Korea Selatan, Yaman, Syria, Kanada, Singapura, Palestin, Mozambique, Tanzania, Iraq, Mesir dan Jordan.

Prof. Dr. Suriani semasa menyampaikan ucapan perasmian Titian Budaya di
Dataran Utama Lumut, Perak.

Inisiatif ini turut memperkukuh jaringan komuniti antarabangsa UPSI melalui pendekatan berasaskan budaya dan pendidikan, sambil menonjolkan komitmen universiti terhadap pembangunan pelajar global yang inklusif dan berdaya saing. Turut hadir dalam majlis pelancaran ialah Pengarah Akademik dan Antarabangsa UPSI, Prof. Madya Dr. Ridzwan Che Rus; Pengarah 1 IMAC, Dr. Nor Fadila Kassim; Penghulu Mukim Lumut, Nor Shahidah Ahamad; Ketua Kampung Telaga Nenas, Mohammad Isa Hussin; dan Ketua Kampung Baru, Mohamad Ikram Aziz.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: A Night of Harmony and Joy: VIVIZ Brings Radiance to Malaysia with 2025 WORLD TOUR [NEW LEGACY]
Next: FSF Xcel Perkukuh Bakat Kewangan Malaysia ke Arah Masa Depan Digital

Related Stories

  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.