Kumpulan TIP Band tampil dengan versi baharu lagu legenda “Ratnaku”, nyanyian asal Roy yang dicipta oleh Dato’ M. Nasir dengan lirik oleh Nurbisa. Kali ini, lagu tersebut diberi sentuhan Alternative Pop yang lebih segar, diterajui vokalis Dai Fuad.
Dai Fuad yang turut dikenali menerusi lakonannya dalam drama Good Boys To The Heaven dan Kudrat 1968: High Council bergandingan dengan anggota TIP Band yang lain untuk menghidupkan semula lagu ikonik ini dengan identiti muzik tersendiri.
Penerbit muzik, Adi Priyo yang pernah terlibat dengan kumpulan Sixth Sense, turut bertanggungjawab menghasilkan susunan muzik baharu bagi “Ratnaku”. Video muzik lagu ini pula diterbitkan oleh Projek Niskalar dengan idea asal daripada Adi Priyo, menampilkan Katie bersama anggota kumpulan.
Kemunculan semula “Ratnaku” ini turut hadir menjelang konsert “Magnum Opus: M. Nasir Dekad Ke-5” yang bakal berlangsung pada 5 Disember 2026 di Panggung Sari, Istana Budaya.
Lagu “Ratnaku” kini boleh didengari menerusi platform penstriman digital, manakala video muzik rasminya boleh ditonton di saluran YouTube Luncai Emas.














