Tidak amanah umpama tiada iman dalam diri

Tidak amanah umpama tiada iman dalam diri

  • July 24, 2019
  • 0 comments

AMANAH ialah sifat mulia yang mesti ada pada diri setiap Muslim.

Sifat itu bukan sahaja disukai ALLAH, malah masyarakat di sekeliling kita juga.

Kenapa sifat itu begitu dituntut dalam Islam dan tidak boleh dipandang remeh?

Sebenarnya, asal perkataan amanah dalam bahasa Arab mempunyai akar kata yang sama dengan kata iman dan aman.

Perkataan Mukmin bererti orang yang beriman iaitu yang mendatangkan keamanan, juga yang memberi dan menerima amanah.

Justeru, jika seseorang itu tiada sifat amanah, ia seumpama tiada iman dalam dirinya.

Daripada Abu Hurairah RA mengatakan Rasulullah SAW bersabda: “Jika sifat amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kedatangan hari kiamat (tanda kiamat semakin dekat).”

Lalu seorang sahabat bertanya: “Bagaimanakah yang dimaksudkan sifat amanah disia-siakan ya Rasulullah?.”

Baginda menjawab; “Jika diserahkan sesuatu urusan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kedatangan hari kiamat.” (Riwayat al-Bukhari).

Sebab itulah Islam begitu menitikberatkan sifat itu dalam setiap urusan.

Ia menjadi prasyarat utama dalam aspek pengurusan agama, pemerintahan, penghakiman, pemfatwaan dan seumpamanya sebelum seseorang itu dilantik menjalankan tanggungjawab berkenaan.

Jika seseorang yang dilantik itu tidak memiliki sifat amanah, maka akan rosaklah semuanya.

Hanya menunggu saat dunia yang fana itu akan binasa dan lenyap selamanya.

Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan mengangkat sifat amanah itu.

Sesungguhnya, sifat itu menjadi benteng utama yang mengukur tahap keimanan seseorang.

(Sumber: Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge