Astro kembali mengangkat fenomena media sosial menerusi penganjuran Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2024, dengan pengumuman calon Top 5 yang berlangsung dalam sebuah sidang media eksklusif di DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur. Acara anugerah berprestij ini diterajui Astro Gempak dan merangkumi 11 kategori menarik, termasuk Selebriti Tergempak, Program Digital Tergempak, Digital Creator (Lifestyle) Tergempak, Digital Creator (Foodie) Tergempak, dan Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak.
Edisi 2024 turut memperkenalkan dua anugerah baharu iaitu Keluang Man of the Year, yang mengiktiraf individu berimpak positif dalam komuniti, serta anugerah utama Gempak Most Wanted 2024 yang diberikan kepada calon individu dengan undian tertinggi secara keseluruhan.
Antara nama besar yang tersenarai dalam Top 5 ialah penyanyi popular Aina Abdul, yang mendominasi tiga kategori, termasuk ‘Lagu/Audio Tergempak’ untuk lagu Cinta Tak Pernah Tepat Waktu bersama Fabio Asher, ‘Program Digital Tergempak’ melalui Confession Bilik Gelap, dan ‘Video Muzik Tergempak’ menerusi lagu Puas Sudah. Pelakon Anna Jobling, pemenang anugerah utama GMWA 2023, kembali dalam kategori Selebriti Digital Tergempak, bersama Amir Ahnaf, Meerqeen, Erysha Emyra, dan Scha Elinnea.

Kategori baharu Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak pula menyaksikan persaingan sengit antara personaliti media sosial terkenal seperti Sofea Shra, Hawa Johanis, Malia Baby, Agy, dan Yana Hassan.
Sebagai tradisi meraikan bakat digital, GMWA 2024 menampilkan lagu tema baharu bertajuk ‘Gempak Most Wanted’, hasil duet istimewa Hael Husaini dan Nadeera Zaini. Malam anugerah ini juga dijangka lebih gemilang dengan tema ‘Flex Your Art’, menyeru pencipta kandungan untuk menonjolkan keunikan dan keberanian berkarya di platform global.
Menurut Syazwan Zakariah, Ketua Content Studio Astro, GMWA tahun ini mencatat rekod luar biasa apabila undian fasa pertama dari 28 November hingga 28 Disember 2024 merekodkan 9.5 juta undian, lapan kali ganda lebih tinggi daripada edisi sebelumnya. Beliau turut menghargai sentuhan visual kreatif oleh Fritilldea, pereka seni GMWA 2024.

GMWA 2024 bakal diserikan oleh hos tetap Amelia Henderson dan Sean Lee, bersama Sherry Alhadad sebagai pengacara. Barisan artis terkenal seperti Zizan Razak, Ernie Zakri, Hael Husaini, Amir Masdi, Ara Johari, Nadeera Zaini, Mimi Fly, dan Insomniacks akan membuat persembahan, bersama bintang baharu seperti 53 Universe, Naki, dan Najmi Niery. Kejutan istimewa juga dijanjikan oleh seorang diva terkemuka, sebuah band popular, serta bintang terkenal dari negara jiran.
Undian fasa kedua bermula pada 15 Januari 2025, jam 6 petang hingga 23 Februari 2025, jam 12 tengah hari di laman rasmi www.gempakmostwantedawards.com. Pemenang setiap kategori akan diumumkan pada malam anugerah, yang berlangsung secara LIVE pada 23 Februari 2025 dari Auditorium MBSA, Shah Alam, dan disiarkan eksklusif di Astro Ria (104), On Demand, Astro GO, sooka, serta platform digital Astro Gempak.
Manfaatkan pengalaman penstriman dengan Pakej Astro One bermula RM49.99 atau tambah Astro Fibre 500Mbps bersama Pakej Entertainment hanya RM139.99/bulan. Untuk maklumat lanjut, layari www.astro.com.my atau WhatsApp 03 9543 3838.