Pada setiap tahun, umat Islam amat menantikan kedatangan bulan mulia untuk menyambut bulan ramadhan bagi menunaikan Rukun Islam yang ketiga iaitu ibadah berpuasa. Selain itu, pelbagai variasi hidangan makanan dan minuman sepanjang tempoh satu bulan tersebut turut menarik perhatian bukan sahaja umat Islam tetapi seluruh rakyat Malaysia yang berbilang agama. Seperti kita sedia maklum bahawa pada tahun 2022, seluruh umat Islam dijangka bakal berpuasa pada tanggal 3 April. Oleh itu, seluruh peniaga makanan di Malaysia mula berpusu-pusu mempromosikan produk mereka sama ada melalui bazar ramadhan, media massa dan sebagainya. Tidak ketinggalan juga, pihak hotel dan katering juga menyediakan pakej dan promosi istimewa buffet sempena bulan ramadhan. Bagi yang ingin menikmati dan merasai buffet ramadhan, jangan lepaskan peluang anda dengan mendapatkan promosi potongan harga yang ditawarkan oleh MZ Cafe & MZ Garden Hall yang terletak di Bangi, Selangor. Promosi ini ditawarkan dengan tawaran harga sebanyak RM 55.00 sahaja untuk dewasa. Harga asal adalah RM 65.00 untuk dewasa manakala RM 35.00 untuk golongan kanak-kanak, warga emas dan OKU. Selain itu, MZ D’Tasik Restaurant Uniten, Kajang turut memberikan promosi yang sama dengan tawaran harga sebanyak RM 65.00 sahaja untuk dewasa. Harga asal adalah RM 75.00 untuk dewasa manakala RM 35.00 untuk golongan kanak-kanak, warga emas dan OKU. Promosi ini hanya sah kepada pelanggan yang membuat tempahan di restoran-restoran diatas sehingga tarikh 03 April 2022 sahaja. Lokasi MZ Cafe & MZ Garden Hall, Bangi Selangor Selain menawarkan promosi yang berbaloi, mereka juga turut menyajikan hidangan dan menu istimewa yang menyelerakan seperti Kambing Golek, Ikan Bakar, Chicken Chop, Char Kuew Teow, Lemang serta Aneka Ulam dan Sambal kepada setiap pelanggan sepanjang tempoh bulan ramadhan iaitu pada 04 April sehingga 01 Mei 2022. Kambing Golek yang menjadi daya tarikan setiap pelanggan Makanan istimewa raya iaitu Lemang juga turut disajikan Pekerja restoran menyediakan hidangan utama iaitu ikan bakar dihadapan pelanggan Char Kuew Teow kegemaran ramai Pembuka selera iaitu tauhu sumbat yang menyelerakan Post navigation Кракен маркетплейс даркнета как эффективный инструмент онлайн покупок с Onion зеркалом Majlis Pelancaran Lagu, Video Muzik ‘Cintaku Di Negeri Perak’ Dan Perak Pass Sempena Perak Travel Fair (PTF) 2022