Tanyaje Dot Com perkenal teknologi SpinCar

SYARIKAT penjual dan pengedar kereta, Tanyaje Dot Com Sdn Bhd (Tanyaje Dot Com) melalui laman sesawangnya, tanyaje.com menyediakan penyelesaian yang lebih berkesan dan interaktif di platform itu dengan memperkenalkan teknologi SpinCar.

Pengasasnya, Rodney Ther berkata, SpinCar yang pertama kali diperkenalkan di negara ini memberikan pengalaman baharu kepada pembeli kereta untuk melihat secara terperinci 360 darjah setiap kenderaan yang mereka inginkan secara maya sahaja.

Menurutnya, tanyaje.com mengambil inisiatif memperkenalkan platform itu kepada pembeli yang merancang untuk membeli kereta terpakai dan import pelbagai jenama.

“Dengan hanya satu klik pada ‘hot spot’ yang terdapat pada kereta yang dipilih, bakal pembeli boleh melihat sendiri kondisi kereta. Sebelum ini, kebanyakan mereka akan mengambil masa yang lama kerana perlu mengunjungi pusat pameran kereta untuk melihat sendiri kereta yang diinginkan.

“Dengan hanya mengunjungi laman web tanyaje.com, pembeli hanya mengambil masa 4 minit untuk melihat kondisi kereta secara keseluruhan. Ia juga membantu mereka membuat keputusan dan mengelakkan penipuan sebelum proses jual beli kereta dilakukan,” katanya.

Rodney berkata, syarikatnya berbeza dengan platform jualan kenderaan dalam talian (online) yang terdapat dalam pasaran.

“Buat masa ini, kebanyakan platform online jualan kereta hanya menunjukkan gambar kereta sahaja manakala tanyaje.com memberikan kemudahan kepada pelanggan untuk melihat keadaan dalaman dan luaran kereta,” katanya kepada Sinar Harian.

Rodney menunjukkan ‘hot spot’ yang boleh disentuk oleh pengguna untuk melihat keadaan kereta.

Rodney menunjukkan ‘hot spot’ yang boleh disentuk oleh pengguna untuk melihat keadaan kereta.

Sasar 10,000 kereta

Selain mempromosikan kenderaan miliknya, Rodeny berkata, laman sesawang itu juga berkolaboratif dengan lebih 52 penjual kereta dari Lembah Klang dan Pulau Pinang.

“Kami menjangkakan akan berkerjasama dengan 150 penjual kereta menjelang akhir tahun ini sebagai usaha untuk memperkenalkan platform ini sekaligus mengukuhkan kedudukan kami dalam pasaran automotif,” katanya.

Rodney optimis jangkaan itu mampu dicapai berikutan tanyaje.com merupakan satu-satunya syarikat menjual kereta yang menggunakan teknologi SpinCar yang digunakan secara meluas di Amerika Syarikat.

“Buat masa ini, sebanyak 3,000 kereta pelbagai jenis dan model sama ada tempatan dan import dalam platform ini. Kami menyasarkan ia akan meningkat kepada 10,000 kereta menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Tambahnya, tanyaje.com yang akan dilancarkan sepenuhnya pada jam 8.30 malam pada 15 September nanti melalui facebook live.

“Kami menyediakan hadiah wang tunai berjumlah RM4,000 dan pelbagai hadiah menarik kepada pemenang cabutan bertuah yang dijangka akan memeriahkan pelancaran berkenaan,” katanya.

Rodney

Rodney

Bakal perkenal aplikasi sendiri

Rodney berkata, sebagai peneraju kepada teknologi itu di negara ini, beliau berkeyakinan laman sesawang itu akan mendapat sambutan kerana ia juga merupakan satu-satunya syarikat penjual kereta di Asia Tenggara yang memiliki teknologi itu.

“Idea untuk menggunapakai teknologi ini tercetus ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan koronavirus (Covid-19) yang menyebabkan jualan kenderaan terjejas.

“Orang ramai tidak boleh mengunjungi bilik pameran kenderaan dan meluang masa melayari internet dan melakukan jual beli secara online sahaja. Untuk membolehkan urusan jual beli kenderaan dapat dilaksanakan, kami mengambil langkah berani memperkenalkan teknologi ini di Malaysia,” katanya.

Katanya, dengan adanya teknologi itu, selepas pelanggan melihat kenderaan yang diinginkan, mereka boleh membuat temu janji untuk melihat sendiri kenderaan dan proses pembelian.

“Kami menjangkakan akan memperkenalkan SpinCar dalam aplikasi sendiri menjelang akhir tahun ini bagi membolehkan pelanggan melihat tanyaje.com di mana sahaja dan pada bila masa,” katanya.

Syarikat Tanyaje Dot Com memiliki pusat pameran kereta di Petaling Jaya, Selangor.



Sumber