Proton lancar sedan S70, sasar lebih 3,000 unit jualan sebulan
PROTON Holdings Bhd telah melancarkan model sedan kompak S70 dan menyasarkan penjualan lebih 3,000 unit sebulan bagi tahun pertama. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)nya, Dr Li Chunrong berkata, S70 turbo 1.5 liter didatangkan dalam empat varian iaitu eksekutif, premium, flagship dan flagship X. Harga bagi model eksekutif bermula daripada RM73,800, premium daripada RM79,800, flagship daripada RM89,800…