At-Tawarruq dalam perkhidmatan Ar Rahnu mulai bulan depan
KUALA LUMPUR – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) akan melaksanakan konsep baharu dinamakan At-Tawarruq dalam perkhidmatan Ar Rahnu atau pajak gadai Islam mulai bulan depan. Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Mohd Daud Bakar berkata, konsep berkenaan merupakan pinjaman berasaskan penggabungan kontrak qard (pinjaman), rahn (cagaran) dan wadi’ah yad dhamanah (simpanan) dengan berlandaskan piawaian…