
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS untuk hari kedua
KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari kedua berturut-turut pada Rabu, didorong oleh minat belian berterusan dan pengumuman kenaikan kadar faedah oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang tidak dijangkakan, kata penganalisis. Kenaikan kadar faedah tersebut juga dikaitkan dengan kemungkinan pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku pertama…