Dagangan Bursa Malaysia rendah sesi tengah hari, sentimen hati-hati
BURSA Malaysia mengakhiri sesi pagi rendah sedikit kerana sentimen pasaran yang berhati-hati terus mempengaruhi selera risiko. Pada waktu rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.18 mata kepada 1,456.85 daripada 1,462.03 pada penutup Selasa. Indeks utama memulakan dagangan pagi ini pada paras 1,460.36, turun 1.67 mata dan berlegar antara 1,453.37 dan 1,460.7…