Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Technology
  • UiTM dan Bateriku.com Dimeterai MoU Bagi Memperkasa Inovasi, Keusahawanan dan Penyelidikan Industri
  • Collabration
  • News
  • Technology

UiTM dan Bateriku.com Dimeterai MoU Bagi Memperkasa Inovasi, Keusahawanan dan Penyelidikan Industri

Helmi Aziz May 30, 2025 (Last updated: May 30, 2025) 3 minutes read
BATERIKUXUITM-091[1]

Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED) telah memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Bateriku (M) Sdn. Bhd., penyedia ekosistem automotif terkemuka di Malaysia. Kolaborasi strategik ini menjadi mercu tanda penting dalam merapatkan jurang antara ilmu akademik dan aplikasi industri, dengan matlamat untuk memperkasa inovasi, menggalakkan semangat keusahawanan, dan memperkukuh pembangunan sumber manusia berasaskan teknologi.

Majlis menandatangani MoU yang berlangsung di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam telah dirasmikan oleh Prof. TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Komuniti & Alumni) yang mewakili Naib Canselor UiTM. Beliau disertai oleh Encik Azarol Faizi Bin Zakaria Ansari, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku.com. Majlis ini turut dihadiri oleh barisan pengurusan kanan kedua-dua organisasi sebagai manifestasi komitmen bersama dalam menjayakan kerjasama yang bakal membawa manfaat besar kepada pembangunan negara.

MoU ini berfungsi sebagai platform untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang seperti peluang latihan industri dan penyelidikan untuk pelajar UiTM, penganjuran bersama seminar, kursus pendek dan persidangan, pertukaran kepakaran antara kakitangan akademik dan industri, serta pelaksanaan program keusahawanan dan inovasi teknologi. Dengan model ekosistem Bateriku.com yang menyeluruh meliputi bantuan kecemasan automotif, rangkaian bengkel dan analisis data mobiliti, kerjasama ini selari dengan aspirasi UiTM untuk melahirkan graduan yang bersedia menghadapi cabaran industri digital masa kini.

Kerjasama ini juga memperkukuh peranan Bateriku.com sebagai rakan strategik dalam menyokong prinsip Kelestarian, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). Dari segi alam sekitar, Bateriku.com melaksanakan inisiatif ‘Second Life’ di mana bateri terpakai dipilih, diperbaharui dan digunakan semula sebagai bateri sementara bagi memanjangkan jangka hayat bateri tersebut dan mengurangkan sisa buangan. Bateri yang tidak lagi boleh digunakan akan dilupus secara beretika melalui syarikat peleburan yang berlesen di bawah pemantauan Jabatan Alam Sekitar (DOE). Inisiatif ini turut meningkatkan kesedaran mengenai pengurusan bahan buangan berbahaya dan kesannya terhadap alam sekitar serta generasi akan datang.

Dari sudut sosial, Bateriku.com membuka peluang pekerjaan kepada pelajar universiti, lepasan graduan dan individu kurang upaya sebagai langkah memperkasa keterangkuman dan kebolehpasaran bakat muda. Selain itu, syarikat ini menggalakkan ekonomi perkongsian melalui platform BHero yang membolehkan orang ramai menjana pendapatan tambahan, dan program BPreneur yang memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan komuniti setempat.

Dalam aspek tadbir urus pula, Bateriku.com mengamalkan pendekatan beretika dan telus dalam segala aspek operasi termasuk pematuhan undang-undang, pengurusan kewangan yang bertanggungjawab dan keutamaan terhadap integriti. Amalan ini mencerminkan komitmen syarikat terhadap tadbir urus korporat yang berlandaskan nilai kemampanan dan tanggungjawab sosial terhadap semua pihak berkepentingan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku.com, Encik Azarol Faizi menegaskan bahawa kolaborasi ini bukan sekadar pemindahan kepakaran teknikal, tetapi merupakan satu pelaburan jangka panjang dalam membentuk tenaga kerja masa depan yang berdaya saing dan bersifat progresif. Beliau turut menyatakan rasa bangga dapat bekerjasama dengan UiTM sebagai institusi pendidikan unggul negara.

Sementara itu, Prof. TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah berkata bahawa kerjasama ini membuka peluang besar kepada pelajar untuk menjalani latihan industri yang autentik serta menyertai ekosistem perniagaan sebenar. Ia sekali gus memperkasakan pembangunan sahsiah, kemahiran kepimpinan dan pemikiran kritikal pelajar sejajar dengan keperluan pasaran kerja masa kini. Tambah beliau, usaha ini juga mendokong agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) melalui pendidikan berkualiti dan jaringan kerjasama pintar.

MoU ini akan berkuat kuasa selama tiga (3) tahun dan dijangka membawa kepada pelbagai inisiatif berimpak tinggi yang mengukuhkan hubungan akademik dan industri. UiTM dan Bateriku.com menzahirkan iltizam untuk terus meneroka pelbagai bentuk kolaborasi baharu yang mampu memacu inovasi, pembangunan insan dan kemajuan negara secara mampan.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Misi: Banteras Spoiler Ejen Ali The Movie 2 Seru Kerjasama Peminat Lindungi Integriti Penceritaan
Next: Smarter Homes Begin with Smarter Screens: How the New Samsung AI TV Redefines Family Entertainment

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.