Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • CUTI SEKOLAH BERSAMA EJEN ALI THE MOVIE 2! GELOMBANG FAMILI SERBU PAWAGAM UNTUK MISI TONTONAN TERHEBAT MUSIM INI!
  • Entertainment
  • Filem

CUTI SEKOLAH BERSAMA EJEN ALI THE MOVIE 2! GELOMBANG FAMILI SERBU PAWAGAM UNTUK MISI TONTONAN TERHEBAT MUSIM INI!

Helmi Aziz May 30, 2025 3 minutes read
Photo A

Cuti sekolah yang baru bermula menyaksikan pawagam-pawagam di seluruh negara diserbu oleh keluarga yang teruja untuk menonton filem paling dinanti Ejen Ali The Movie 2 (EATM2). Suasana meriah terasa sebaik sahaja melangkah ke ruang legar pawagam, dengan kehadiran anak-anak kecil berpakaian seperti Ejen Ali, ibu bapa yang gigih beratur, serta gelombang keterujaan untuk menyertai misi tontonan keluarga. Di beberapa lokasi, tiket habis dijual sejak awal pagi, memaksa penonton mencari pawagam alternatif bukti bahawa filem ini benar-benar menjadi fenomena musim cuti sekolah.

Menurut pengarah EATM2, Usamah Zaid Yasin, sambutan hangat ini melangkaui jangkaan. “Kami sangat terharu dengan sokongan padu dari semua Ejens dan keluarga di seluruh negara. Saya dimaklumkan bahawa pawagam di GSC IOI City Mall Putrajaya, GSC Aman Central Kedah, GSC Sunway Carnival Pulau Pinang, TGV Toppen Johor Bahru, TGV Seremban 2 dan TGV Klebang Ipoh penuh seawal pagi tayangan. Suasana luar biasa ini membuktikan bahawa filem tempatan berkualiti tinggi seperti EATM2 mampu menyatukan generasi berbeza dalam satu ruang hiburan. Kami hasilkan filem ini khas untuk dinikmati seisi keluarga dan sokongan yang diterima benar-benar mengharukan.”

Tinjauan terhadap reaksi ibu bapa mendapati ramai yang memuji kandungan dan mesej positif yang dibawa oleh filem ini. Watak Ejen Ali digambarkan dengan penuh keberanian, kesetiaan, dan semangat juang, menjadikan watak ini sebagai inspirasi kepada anak-anak. Selain itu, nilai murni seperti kejujuran, semangat kerja berpasukan, serta rasa tanggungjawab disampaikan dengan penuh makna dalam penceritaan. Hubungan persahabatan erat antara Ejen Ali dan Ejen Alicia pula menambahkan elemen emosi yang menyentuh hati, lebih-lebih lagi apabila disertai dengan lagu tema ‘Teman Sejati’ oleh kumpulan Nidji.

Filem ini bukan sekadar tontonan biasa, tetapi juga ruang pembelajaran interaktif antara ibu bapa dan anak-anak. Menonton bersama di pawagam menjadi detik berkualiti untuk berkomunikasi, berkongsi pandangan serta membina memori indah yang akan terus dikenang. Ia juga menjadi peluang untuk ibu bapa mendekati anak-anak menerusi perbualan tentang nilai kehidupan yang ditampilkan dalam filem, menjadikan hiburan sebagai alat pengajaran yang berkesan.

Bagi keluarga yang masih mencari aktiviti menarik sepanjang cuti ini, Ejen Ali The Movie 2 adalah jawapannya. Bukan sahaja menawarkan aksi animasi yang memukau dan grafik bertaraf antarabangsa, filem ini turut menghidangkan jalan cerita yang sarat dengan mesej dan nilai-nilai positif. Ditambah dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti pertandingan mewarna, penampilan maskot dan barangan eksklusif di lokasi terpilih, pengalaman menonton menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan.

Justeru, para Ejens terutama ibu bapa misi cuti sekolah telah bermula! Jangan lepaskan peluang untuk mengukir kenangan manis bersama anak-anak. Segera ke pawagam terdekat untuk menikmati aksi, gelak tawa dan kehangatan kasih sayang menerusi filem animasi tempatan yang terus mencipta kejayaan.

Satria, Bangkit!
Filem animasi aksi yang mengujakan, mengisi hati dan menggamit emosi. Tempah tiket anda hari ini dan jadikan cuti sekolah ini lebih bermakna buat keluarga tercinta. Kongsikan detik istimewa anda bersama Ejen Ali dan hangatkan media sosial dengan menggunakan:

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Let the Games Begin: RM25,000 Up for Grabs in MR D.I.Y.’s Bounce & Bingo 3.0
Next: Walk-A-Payung 2025 Unites Malaysians to Champion Lupus Warriors

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.