Johari Abdul Ghani letak jawatan Pengerusi CI Holdings
DATUK Seri Johari Abdul Ghani yang baharu dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan telah meletak jawatan sebagai Pengerusi CI Holdings Bhd hari ini. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, CI Holdings berkata Johari, 59, bukan lagi ahli jawatankuasa pencalonan dan imbuhan syarikat itu berikutan peletakan jawatannya sebagai pengerusi bukan eksekutif…