Syarikat peringkat pertengahan dijangka catat hasil eksport positif pada 2024

Reezal Merican - Foto: Bernama

Reezal Merican – Foto: Bernama

PERBADANAN Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menjangkakan syarikat peringkat pertengahan tempatan akan terus mencatatkan hasil eksport yang positif tahun depan, kata Pengerusinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Beliau berkata, ia adalah hasil daripada penembusan pasaran baharu serta peluang daripada perjanjian perdagangan bebas sedia ada dan perjanjian dua hala yang disertai Malaysia.

“Syarikat peringkat pertengahan di bawah program Pembangunan Syarikat Peringkat Pertengahan (PPSPP) telah mencatatkan jumlah pendapatan tahunan secara kumulatif sebanyak RM33.90 bilion pada tahun 2022, sebanyak 61 peratus atau RM20.90 bilion adalah daripada hasil dijana melalui eksport.

“Pendapatan eksport ini mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 17.6 peratus berbanding tahun sebelumnya (2021) dan pada masa sama berjaya menembusi 55 pasaran baharu, anataranya ialah Australia, Greece, Chile dan Mauritius.

Sumber