BERSEMPENA musim panas, Starbucks melancarkan kolaborasi istimewa bersama kumpulan pop sensasi Korea Selatan, Blackpink yang bakal mencetuskan pengalaman baharu buat peminat mereka di Malaysia.
Kerjasama eksklusif bersama Blackpink yang dinanti-nantikan di rantau Asia Pasifik itu akan memperkenalkan minuman Frappucino ikonik berserta koleksi bekas minuman dan barangan gaya hidup bertemakan Blackpink eksklusif di cawangan Starbucks terpilih di Malaysia.
Koleksi barangan yang akan mula dijual pada pada 25 Julai itu menampilkan sentuhan cetakan gaya coretan Blackpink dengan elemen ceria dan berani, selain ciri khas yang diinspirasikan daripada kumpulan yang cukup terkenal dengan lagu How You Like That dan Boombayah itu.
Blackpink dianggotai oleh Jennie, Lisa, Jisso dan Rose mencetus sensasi tersendiri dalam industri muzik K-Pop dan mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia dikenali sebagai Blinks.
Blackpink yang dianggotai oleh Jennie, Lisa, Jisso dan Rose.
Menerusi kolaborasi tersebut, Blinks dan penggemar Starbucks boleh mendapatkan koleksi 11 jenis bekas minuman dan enam aksesori gaya hidup yang hadir dengan palet warna merah jambu dan hitam dengan motif grafiti funky, sekali gus melambangkan identiti kumpulan itu.
Antara koleksi edisi terhad tersebut termasuk tumbler, mug, beg, rantai kunci, apron, pemegang passport dan tikar yoga.
Sementara minuman Blackpink Strawberry Choco Cream Frappucino pula dihasilkan dengan cita rasa tersendiri dalam tema warna hitam dan merah jambu yang turut membangkitkan aura ranggi dan energetik Blackpink yang kini sedang sibuk menjayakan konsert jelajah Born Pink mereka di serata dunia.
Menariknya, ahli Starbucks Rewards berpeluang lebih awal untuk menikmati minuman tersebut pada 23 Julai ini sebelum dibuka kepada pelanggan lain secara umum dua hari selepas itu.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Berjaya Food Bhd, Datuk Sydney Quay, berkata, kerjasama pihaknya bersama Blackpink sangat istimewa dan bakal mencetus sensasi baharu.
“Promosi ini hanya dilancarkan di rantau Asia Pasifik. Kami menjangkakan mereka yang dari luar rantau ini juga ingin membelinya. Promosi akan berlangsung sehingga stok masih ada, tetapi saya yakin ia akan terjual dengan sangat pantas,” katanya.
Selain koleksi Blackpink, Starbucks juga memperkenalkan minuman baharu musim panas yang terdiri daripada Starbucks Almond Butter Coffee Frappuccino, Starbucks Almond White Chocolate Cream Frappuccino dan Starbucks Almond Cream Cold Brew.
Tidak ketinggalan koleksi barangan Starbucks Summer Field dan Beach Day Starbucks Card seperti set bru, gelas, cawan tahan sejuk, tikar dan lain dengan reka bentuk yang lebih segar dan menarik.