Tiga nama besar industri hiburan tanah air, Shukri Yahaya, Amerul Affendi dan Siti Hariesa, tampil memeriahkan majlis pelancaran eksklusif BRU Coffee Shop, sebuah kafe berkonsepkan seni dan kopi yang unik, berlangsung pada 5 Mei 2025 di APW Bangsar. Majlis ini turut menyajikan sesi ramah mesra bersama peminat, membawakan suasana mesra dan eksklusif bersama barisan pelakon utama drama Bru.
Pelancaran BRU Coffee Shop ini bersempena dengan tayangan siri drama Tonton Original: Bru, karya terbaharu daripada pengarah tersohor Nik Amir Mustapha, yang kini boleh ditonton di platform Tonton sejak 1 Mei lalu. Drama ini bersiaran dua kali seminggu, setiap hari Isnin dan Khamis. Nik Amir, yang sinonim dengan naskhah estetik seperti KIL, Terbaik Dari Langit, dan Imaginur, menjanjikan sebuah naratif segar dengan sinematografi yang memukau dalam Bru, sekali gus memperkukuhkan jenamanya sebagai pengarah berwawasan.
Bru mengisahkan tiga watak utama Shah (lakonan Shukri Yahaya), seorang lelaki obses terhadap kopi dan kejayaan; Hani (Siti Hariesa), barista berbakat yang mahu bebas daripada bayang-bayang keluarganya; dan Ajan (Amerul Affendi), sahabat setia yang melindungi Shah seperti adik sendiri. Keserasian ketiga-tiga pelakon ini mencetuskan dinamika yang kuat, memperlihatkan sisi baharu dan versatil dalam lakonan mereka.
Menariknya, Shukri Yahaya yang kini dikenali menerusi watak gangster Fadlan dalam Blood Brothers, tampil dengan sisi berbeza sebagai seorang pengusaha kopi dalam Bru sesuai dengan minat peribadinya dalam dunia kopi. Siti Hariesa pula mengejutkan peminat dengan watak lebih berani dan garang, manakala Amerul Affendi membawakan karakter lebih beremosi, berbeza dengan peranannya sebelum ini dalam 6 Jilake.
Majlis ini bukan sahaja merai pembukaan rasmi kafe BRU, malah menjadi titik pertemuan istimewa antara pelakon dan peminat dalam suasana santai dan penuh makna. Ia juga meraikan gabungan dua dunia seni dan kopi dalam satu pengalaman unik yang menyatukan hiburan dan gaya hidup moden.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan transformasi lakonan Siti Hariesa, Shukri Yahaya dan Amerul Affendi dalam drama bersiri Tonton Original: Bru, eksklusif hanya di Tonton! Episod baharu disiarkan setiap Isnin dan Khamis. Strim sekarang di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store. Ikuti perkembangan lanjut dan kandungan eksklusif Bru di laman sosial rasmi Tonton: @TontonMY di Facebook, Instagram dan Twitter.