Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • Single Terbaru Tiara Andini “Ngeluwihi” Menghidupkan Budaya Jawa
  • News

Single Terbaru Tiara Andini “Ngeluwihi” Menghidupkan Budaya Jawa

Helmi Aziz January 22, 2024 3 minutes read

Bagus! Mungkin perkataan itu sesuai untuknya untuk lagu terbaru Tiara Andini, “Ngeluwihi.” Untuk Tiara Andini, ini mungkin salah satu lagu terbaik dalam semua aspek, paling tidak untuk memulakan tahun baharu 2024 dengan jayanya.

Dalam lagu ini, Tiara Andini kembali bekerjasama dengan penerbit muzik dari Korea Selatan, Hyuk Shin, yang sebelumnya pernah berkolaborasi dengannya dalam lagu “Flip It Up”. Hasilnya, lagu “Ngeluwihi” juga memberikan sentuhan KPop dalam susunan muziknya.

Oke, mengapa dikatakan menakjubkan? Pertama, sesuai dengan judulnya, perkataan
“Ngeluwihi” diambil dari Bahasa Jawa yang bererti “melebihi”. Perkataan ini dipilih kerana Tiara Andini ingin membawa asal usulnya sebagai perempuan berdarah Jawa ke dalam karyanya serta ingin menunjukkan versi lebih baik dari dirinya melalui single ini.

Walaupun sebahagian besar liriknya dinyanyikan dalam Bahasa Inggris, namun di awal lagu dia memberikan penggalan lirik berbahasa Jawa yang menambah keunikan pada lagu itu sendiri.

Tidak hanya itu, Tiara juga mengukuhkan nuansa Jawa dalam gambar promosi lagu “Ngeluwihi” di mana dia memakai pakaian tradisional Jawa hasil kolaborasi antara Jember Fashion Carnaval (dengan Bubah Alfian sebagai pengarahnya), Lisa Ju, Atara Batik, dan Torenda Indonesia.

Duo pereka fesyen ByAnsoe juga turut menyumbang dalam pakaian yang dikenakan Tiara dalam video muzik tersebut. Sementara itu, untuk pengarah fesyen keseluruhan, Tiara Andini menggunakan khidmat Rikki Simanjuntak.“Aku ingin membawa budaya di mana aku lahir, iaitu budaya Jawa, dan ternyata setelah dicuba hasilnya sangat memuaskan, tidak hanya lagunya, tetapi semua hasil produksinya juga melebihi jangkaan aku sebelumnya,” ujar Tiara.

Lagu “Ngeluwihi” itu sendiri menceritakan tentang bagaimana seseorang yang diremehkan oleh orang lain pada akhirnya mampu bangkit untuk membuktikan bahawa orang tersebut salah kerana dia mampu menjadi versi yang lebih baik dari dirinya sendiri.

Susunannya sendiri, seperti yang sudah disebutkan sebelumnya, menyaksikan Tiara Andini bersama sang penerbit Hyuk Shin kembali menampilkan nuansa musik KPop yang agresif dan sangat rancak. Unsur hip-hop, rap, R&B, pop, semua menjadi satu dalam adunan terbaik dari sang penerbit ditambah dengan kemampuan Tiara Andini yang menyajikannya dengan kualiti vokal yang hebat.

Tidak hanya itu, video muzik yang ditampilkan juga mengagumkan siapa pun yang melihatnya. Tiara membawa konsep budaya Jawa hampir di setiap babak yang ada di video muzik “Ngeluwihi” sambil menampilkan tarian yang sangat menarik.Pakaian tradisional Jawa menjadi salah satu tumpuan yang mencuri perhatian di video muzik ini. Ditambah lagi ia menampilkan “Gunungan” atau “Kayon” yang ada di dalam wayang kulit sebagai latar belakang video muziknya. Untuk pengetahuan semua “Gunungan” atau “Kayon” pada wayang itu berbentuk kon dan tipis ke atas yang melambangkan kehidupan manusia.

Video muzik “Ngeluwihi” ini dihasilkan oleh EUIS Studio Production, dengan Timo sebagai sutradara dan Ade Yason sebagai penerbitnya.

Lewat single ini, Tiara Andini berharap warna muzik yang ingin ditampilkan dapat diterima dan didengar oleh masyarakat lebih luas lagi. Tidak hanya di Indonesia, namun juga meliputi penggemar di Asia, bahkan dunia.

“Harapannya tetap ingin dapat dinikmati pendengar yang lebih luas lagi, sehingga lebih
banyak lagi juga yang bisa mengetahui budaya Jawa yang ditampilkan di single ini. Selain itu, semoga makna lagu ini juga bisa menjadi motivasi bagi banyak orang untuk selalu menjadi versi yang lebih baik dari diri mereka,” harap Tiara Andini.

Dengarkan single “Ngeluwihi” di semua platform layanan muzik digital. Jangan lupa dijadikan senarai main harian dan tonton juga video muziknya di saluran YouTube Tiara Andini, ya! Semoga terhibur.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Industri pelabuhan mahu tarik lebih ramai penyertaan wanita
Next: LEBIH 20 LAGU YANG DIPERTONTONKAN DI KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR – PENANG CHAPTER FEBRUARI NANTI!

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.