Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • Simon Yam Dirai dengan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Festival Filem Asia Pasifik ke-62
  • Entertainment
  • Movie
  • News

Simon Yam Dirai dengan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Festival Filem Asia Pasifik ke-62

Helmi Aziz October 13, 2025 2 minutes read
Simon Yam_62APFF_Lifetime Achievment Award

Festival Filem Asia Pasifik ke-62 (APFF) yang bakal berlangsung dari 29 November hingga 6 Disember 2025 di Kuala Lumpur, Malaysia, mengumumkan bahawa pelakon lagenda Hong Kong, Simon Yam, akan menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada edisi tahun ini.

Dengan kerjaya seni yang menjangkau lebih empat dekad, Simon Yam telah membuktikan dirinya sebagai antara bintang paling prolifik dan serba boleh dalam industri perfileman Hong Kong. Beliau terkenal dengan karisma di layar perak serta kebolehannya membawa pelbagai watak yang meninggalkan kesan mendalam. Sepanjang kariernya, Simon Yam telah membintangi lebih daripada 200 buah filem merangkumi pelbagai genre, termasuk filem jenayah, aksi dan seni. Antara karya paling diingati ialah Election, PTU, SPL: Sha Po Lang, Exiled dan Eye in the Sky. Beliau turut menembusi pasaran antarabangsa melalui filem seperti Lara Croft Tomb Raider: The Cradle of Life.

Selain pencapaian besar dalam dunia lakonan, Simon Yam juga dikenali atas sumbangannya dalam memperkenalkan dan mengangkat sinema Hong Kong ke peringkat global. Kejayaannya menjadi inspirasi kepada ramai pelakon dan pembikin filem muda di seluruh Asia.

Simon Yam dalam satu kenyataan berkata, beliau amat menghargai penghormatan yang diberikan oleh APFF. Menurutnya, pengiktirafan ini bukanlah penamat kepada kariernya, sebaliknya satu permulaan baharu untuk terus berkarya dan mencabar dirinya dengan watak yang lebih pelbagai pada masa hadapan.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur APFF, Aron Koh, menjelaskan bahawa Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat merupakan antara pengiktirafan tertinggi yang diberikan kepada individu yang telah memberikan sumbangan besar terhadap seni perfileman di rantau Asia Pasifik.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai APFF, orang ramai boleh mengikuti laman rasmi festival di Facebook dan Instagram atau layari www.asiapacificfilmfestival.org.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Marsha Milan Hidupkan Emosi Keinsafan Dalam Muzik Video “Tangisan Seorang Pendosa”
Next: HONOR X9 Series Crowned ASEAN’s Top-Selling Mid-Range Smartphone Series

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.