Shopee 9.9 Super Shopping Day hadir dengan penjimatan RM500 juta dan penghantaran 14 kali lebih pantas untuk rakyat Malaysia

Shopee 9.9 Super Shopping Day sekali lagi menegaskan kedudukannya sebagai acara beli-belah atas talian terbesar di Malaysia dengan pencapaian baharu menerusi tawaran menarik, penghantaran pantas serta hiburan livestream bersama duta jenama Johan “Jojo” Ghazali. Dari diskaun besar hingga penghantaran ekspres, rakyat Malaysia merasai pengalaman membeli-belah yang lebih menyeronokkan berbanding tahun sebelumnya dengan penjimatan besar, proses daftar keluar lebih mudah dan suasana membeli-belah yang lebih mengujakan.

Selaras dengan janji Lagi Murah, pengguna berjaya menjimatkan lebih RM500 juta sepanjang kempen melalui ribuan baucar yang ditebus dalam pelbagai kategori termasuk kesihatan, kecantikan, perumahan, hiasan, barangan harian dan haiwan peliharaan dengan kasut dan aksesori elektronik menjadi antara produk paling laris. Shopee juga memenuhi janji Lagi Cepat dengan menghantar lebih 1.2 juta barangan dalam tempoh 24 jam pertama iaitu 14 kali ganda lebih pantas berbanding tahun 2024, sekali gus memberikan pengalaman penghantaran yang lebih memuaskan.

Komitmen ini turut memberi kesan positif kepada penjual apabila ramai mencatatkan peningkatan pesanan yang ketara termasuk Wow Collection Hijabs yang merekodkan lonjakan 190 peratus hasil daripada trafik berkualiti, pelanggan baharu dan kadar penukaran yang lebih tinggi. Kejayaan ini turut dipacu oleh ekosistem kandungan interaktif Shopee seperti Shopee Live dan Shopee Video yang menyediakan ruang untuk penjual berhubung terus dengan pembeli.

Shopee Live sekali lagi menjadi tumpuan dengan peningkatan sehingga 12 kali ganda pesanan berbanding hari biasa, disertai hiburan livestream, tawaran eksklusif dan sesi interaktif yang menjadikan pengalaman membeli-belah lebih meriah. Sepanjang kempen, Shopee Live membantu pengguna berjimat sebanyak RM67 juta dengan penglibatan yang mencecah 300 juta tontonan pada hari kemuncak, melonjak tinggi berbanding tahun lalu. Penjual tempatan seperti Elgini dan ShahidaDherbs turut menikmati kejayaan besar dengan peningkatan pesanan berganda hasil pendedahan melalui Shopee Live dan Rancangan TV 9.9.

Shopee Video pula berperanan penting dalam penemuan produk melalui kandungan ringkas yang kreatif dan autentik, membolehkan penjual menjangkau audiens baharu dengan peningkatan pesanan sehingga 13 kali ganda berbanding hari biasa. Sepanjang kempen, rakyat Malaysia berjimat RM32 juta melalui pembelian di Shopee Video yang juga mencatat 60 juta tontonan pada hari kemuncak, menjadikannya enjin utama beli-belah berasaskan kandungan. Jenama seperti AllGoodThings turut merekodkan peningkatan jualan konsisten sebanyak 40 peratus hasil daripada pendedahan di Shopee Video.

Keseluruhan kempen 9.9 Super Shopping Day membuktikan komitmen Shopee untuk kekal sebagai platform e-dagang yang paling dipercayai di Malaysia dengan terus menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih berpatutan, pantas dan menyeronokkan untuk semua pengguna.