Shiha & Ieda Zikir Dinobatkan Duo Terbaik Famili Duo Minggu ke-4!

Selepas empat minggu penuh cabaran, pasangan adik-beradik Shiha Zikir dan Ieda Zikir mencipta sejarah dalam pertandingan Famili Duo apabila dinobatkan sebagai Duo Terbaik. Dengan mempersembahkan lagu legenda “Di Manakan Ku Cari Ganti” yang dipopularkan oleh Tan Sri P. Ramlee, mereka berjaya memukau penonton dengan persembahan yang penuh emosi, menyentuh hati semua yang hadir.

Shiha dengan penuh makna mendedikasikan kemenangan ini untuk arwah ayah mereka serta kakaknya, menjadikan persembahan ini sebagai satu penghormatan yang sangat peribadi. Kehebatan vokal mereka, diiringi dengan alunan seruling yang merdu, serta penghayatan emosi yang mendalam, memikat perhatian juri. Malah, Mas Idayu memberikan rating penuh, menyatakan “Tak ada komen, bagus!” sebagai penghargaan atas persembahan mereka yang luar biasa.

Namun di sebalik persembahan gemilang ini, terdapat kisah yang penuh cabaran. Shiha mengakui bahawa mereka hampir tidak memilih lagu tersebut kerana emosi yang begitu berat untuk ditanggung. “Kami takut tak dapat kawal emosi, walaupun ada dua minggu untuk prepare. Tapi bila fikir balik, ini peluang terbaik untuk tribute kepada mereka yang sangat kami sayang. Setiap kali latihan, kami menangis, tapi kami cuba kawal supaya dapat beri persembahan terbaik,” ujar Shiha. Mereka berharap persembahan itu dapat memberi kekuatan kepada sesiapa sahaja yang pernah mengalami kehilangan orang tersayang.

Persembahan mereka yang begitu menyentuh jiwa dianggap sebagai penghormatan yang penuh makna kepada Tan Sri P. Ramlee, menjadikan mereka juara yang tidak dapat disangkal. Kemenangan tersebut membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM10,000, di samping gelaran Duo Terbaik yang dicapai berkat vokal mereka yang mendalam dan kemampuan menyampaikan emosi yang begitu dirasai oleh penonton.

Malam itu turut menyaksikan persaingan sengit daripada pasangan-pasangan lain yang tidak kurang hebatnya. Pasangan sepupu Tomok dan Syarul Kamal meneruskan prestasi cemerlang mereka dengan medley Hore-Hore dan Salam Terakhir, berjaya membawa penonton mengimbau kenangan lama. Juri turut memuji mereka atas kemampuan menyampaikan cerita dengan penuh perasaan. Naqiu dan Joey tampil dengan kreativiti tersendiri menerusi lagu Chow Kit Road dan Apokalips, menunjukkan peningkatan yang ketara dengan pemilihan lagu yang tepat. Ayie Elham dan Salma Asis turut memberi persembahan yang sangat menyentuh hati, menerusi gabungan lagu Aku Bidadari Syurgamu dan Untukmu Ibu, yang diiktiraf oleh juri atas konsep berbeza yang mereka bawa setiap minggu.

Berikut adalah kedudukan persembahan dalam episod keempat Famili Duo:

  1. Shiha Zikir & Ieda Zikir – 64.07%
  2. Tomok & Sharul Kamal – 63.67%
  3. Ayie Elham & Salma Asis – 61.68%
  4. Naqiu & Joey – 55.07%
  5. Zahid & Anne – 52.35%
  6. Didi Astillah & Thamiera – 50.15%

Persaingan semakin sengit di pentas Famili Duo apabila pasangan keluarga merebut gelaran juara mingguan serta kedudukan dalam carta keseluruhan. Dapatkah mereka memberikan persembahan yang lebih menarik pada minggu hadapan dengan tema dangdut? Berikut adalah kedudukan markah terkumpul selepas episod keempat pada 18 November 2024:

  1. Tomok & Sharul Kamal – 261.7
  2. Ayie Elham & Salma Asis – 248.43
  3. Shiha Zikir & Ieda Zikir – 228.27
  4. Naqiu & Joey – 224.11
  5. Zahid & Anne – 178.79
  6. Didi Astillah & Thamiera – 178.79

Famili Duo 4 musim ini dibawakan khas oleh Perfume Paradise sebagai penaja utama dan Marigold HL sebagai rakan penaja. OhBulan! dan XTRA turut memeriahkan musim ini sebagai Famili Digital. Pastinya, minggu hadapan akan lebih menarik dengan strategi undian daripada penonton. Ingat, anda juga boleh memberi sokongan kepada duo kegemaran anda dengan menggunakan kod promo FAMILIDUO2024 untuk mendapat undian tambahan dan berpeluang memenangi hadiah menarik! Setiap minggu, hadiah berupa dua buah Samsung Smart TV 65′ akan dimenangi oleh pelanggan bertuah yang meneka Duo Terbaik Mingguan.

Duo juara mingguan akan membawa pulang hadiah berjumlah RM10,000 pada tujuh episod pertama, sementara finalis di pentas akhir Famili Duo berpeluang untuk merebut hadiah wang utama sebanyak RM100,000! Keputusan pemenang mingguan adalah berdasarkan penilaian juri (70%) dan undian atas talian (30%) dari penonton. Pengguna Tonton yang berdaftar berpeluang mengundi sebanyak 50 undi seminggu, manakala pelanggan TontonUp (pelan 1 bulan, 3 bulan, atau 12 bulan) boleh menikmati 100 undian tambahan setiap minggu. Gunakan kod promo FAMILIDUO2024 untuk menikmati potongan istimewa RM8 daripada harga asal RM28, dan beri sokongan padu kepada duo pilihan anda!

Kongsikan pengalaman anda menggunakan hashtag rasmi #FamiliDuo dan #BerduoLebihBaik di media sosial. Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai Famili Duo di laman media sosial rasmi TV3 di Facebook, Instagram, Twitter @TV3Malaysia, serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.