Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • Sempena Ulangtahun yang ke-23, Pa&Ma Mengiktiraf 40 Jenama Yang Terbaik dan Berkualiti
  • News

Sempena Ulangtahun yang ke-23, Pa&Ma Mengiktiraf 40 Jenama Yang Terbaik dan Berkualiti

Helmi Aziz December 6, 2023 (Last updated: December 6, 2023) 4 minutes read

Pa&Ma sekali lagi mencatatkan sejarah dengan menghormati 40 jenama terbaik dan berkualiti dalam Majlis Anugerah Malam Gala Jenama Pilihan sempena sambutan ulangtahun yang ke-23.

Pa&Ma sebuah portal keibubapaan No.1 di Malaysia yang menjadi rujukan mama papa  menyambut ulangtahunnya yang ke-23 pada bulan Oktober yang lepas. Kejayaan Pa&Ma pada  hari ini adalah hasil daripada sokongan penuh daripada setiap jenama yang menerima  anugerah pada hari ini. Dengan pelbagai tip perkembangan dan kesihatan anak serta ilmu  parenting sudah cukup untuk membuktikan Pa&Ma sentiasa dekat dan relevan di hati papa  mama milenial Malaysia. 

Tahun ini merupakan pengiktirafan yang kelima diadakan selepas diadakan buat julung kalinya  pada tahun 2019. Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, Pa&Ma memberi pengiktirafan  kepada semua jenama berkualiti dan diyakini untuk dianugerahkan dengan Jenama Pilihan  Pa&Ma 2023.  

Kelainannya pada tahun ini, sambutan ulangtahun Pa&Ma disambut selama dua hari iaitu pada  24 dan 26 November dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang bersama Muzium Negara untuk memeriahkan lagi suasana di sana.  

Idea untuk memberi pengiktirafan Jenama Pilihan Pa&Ma ini tercetus apabila melihat  kerjasama yang baik dan mendapat sokongan daripada pihak terlibat dan ia menjadi inisiatif  Pa&Ma untuk membantu mama papa di luar sana untuk memilih hanya yang terbaik buat si  manja dan keluarga tersayang. 

Anugerah berprestij ini telah diberikan kepada pelbagai jenama di bawah kategori Produk Ibu & Produk Anak, kategori Pusat Perkembangan Kanak-Kanak, Kategori Shopping, Libur & Servis dan Kategori Klinik & Hospital. Tahun ini, Pa&Ma turut memilih Ikon Pakar dan Ikon Parenting  yang banyak berkongsi ilmu serta memberi impakpositif kepada para pengikut mereka di  media sosial.  

Istimewa untuk tahun ini, Pa&Ma juga akan memberi penghormatan kepada mama papa  pempengaruh yang telah menguasai media sosial yang banyak menyumbang, memberi  manfaat dan memberi kesedaran tentang dunia keibubapaan yang unik daripada realiti kehidupan sebenar mereka  

Antara Ikon yang diberi pengiktirafan ialah Khairul Abdullah, Md Nor, Dr Wan, Aunty Purple,  Wawa Shauqi, Mommy Yuyu, Mia Azahar, Bengah, Cikgu Zuraidi dan Dr Luqman Bukhari. 

Pengarah Urusan Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Syamil Fahim dengan tulus ikhlas mengucapkan  tahniah kepada semua pemenang anugerah hari ini. “Kejayaan dan prestasi yang anda capai  adalah pengiktirafan kepada komitmen dan usaha yang telah anda sumbangkan dalam  menyumbang kepada bidang keibubapaan. 

Anda semua adalah sumber inspirasi buat kami dan komuniti Pa&Ma. Setiap anugerah yang  diterima adalah bukti kualiti dan kepercayaan yang telah anda bawa kepada orang ramai.  Kami berharap ini merupakan satu permulaan kepada lebih banyak pencapaian yang bakal  anda raih.  

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada keluarga Pa&Ma. Kami berazam untuk terus  menyokong dan membantu anda dalam perjalanan keibubapaan anda. Tahniah sekali lagi  kepada semua pemenang, dan teruskan menyinari dunia keibubapaan dengan kecemerlangan anda!” 

Wan Erni Head of Business Parenting berkata, “Tahun ini kami berbesar hati untuk memberi  pengiktirafan kepada semua jenama yang banyak bekerjasama dengan Pa&Ma. Kesemua  jenama ini mempunyai kredibiliti mereka serta diyakini ibu ayah di luar sana. Paling menarik,  kerjasama dengan pihak Muzium Negara menjanjikan pelbagai aktiviti menarik dan hadiah  lumayan untuk ditawarkan kepada follower Pa&Ma.” 

Sambutan ulangtahun Pa&Ma hari kedua iaitu pada 26 November dimeriahkan dengan aktviti  Zumba Sarung di mana peserta yang terlibat dapat merasai pengalaman berzumba dengan  memakai kain sarung. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menyumbang kepada keseronokan,  malah menambahkan elemen keunikan. Di samping itu IVF Metro juga berkongsi ilmu kepada  mama papa yang berusaha untuk mendapatkan zuriat melalui program sesi sembang sihat.  

Tidak lengkap sambutan ulangtahun ini tanpa penglibatan mama papa dan anak-anak. Oleh  itu, Pa&Ma telah menganjurkan pertandingan mencari harta karun yang dinamakan “Kampung  Hunt.” Pertandingan ini melibatkan 200 peserta daripada 50 keluarga yang terdiri daripada  mama papa dan dua orang anak. Pertandingan ini bukan sahaja membangkitkan semangat  persaingan, malah memupuk semangat kerjasama dalam kalangan keluarga yang terlibat. 

Petang itu juga dihangatkan lagi dengan Konsert Penyambung Warisan yang melibat bakat bakat cilik yang akan menyanyikan lagu bertemakan tradisional dan klasik di samping  persembahan kreatif Sabah dan Sarawak dari Muzium Negara.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Lebih 70 jenama francais Malaysia berkembang di 80 negara
Next: Adrianna Cinta Keluarkan Single Terbaru Yang Bertajuk ‘Cinta Berlalu.’

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.