Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • Selepas Lama Menyepi, Iskandar Zulkarnain Tampil dengan Single Menyentuh Jiwa
  • Artist
  • Entertainment
  • Music
  • music

Selepas Lama Menyepi, Iskandar Zulkarnain Tampil dengan Single Menyentuh Jiwa

Helmi Aziz July 23, 2025 3 minutes read
iskandar_zulkarnain

Setelah lama menyepi dari dunia muzik, penyanyi pop rock Iskandar Zulkarnain, yang juga bekas vokalis Projektor Band, kini kembali dengan single solo terbarunya berjudul Sewaktu Bahagia. Lagu yang sarat dengan emosi ini diterbitkan di bawah label Luncai Emas, menandakan permulaan fasa baharu dalam perjalanan seninya.

Sewaktu Bahagia lahir daripada kisah benar yang dialami oleh dua komposer dan penulis lirik dari Luncai Emas, iaitu Aidil AF dan Jeremy Erskine. Kedua-duanya melalui kekecewaan dalam percintaan, lalu menzahirkan pengalaman itu dalam bentuk lirik dan melodi yang penuh penghayatan. Baris seperti “kau berubah tanpa ku sedar, kau hancurkan sewaktu bahagia” menjadi gambaran jelas rasa kecewa terhadap kekasih yang merosakkan kebahagiaan yang pernah dinikmati. Lagu ini merupakan luahan jujur yang menyatukan keindahan melodi dan kedalaman emosi.

Pertemuan antara Aidil dan Iskandar pula berlaku secara tidak dirancang, apabila Aidil mengenali Nabil, sepupu kepada Iskandar. Suatu hari, Nabil memaklumkan kepada Aidil bahawa Iskandar sedang mencari peluang untuk bangkit semula dalam dunia muzik. Aidil kemudian memperkenalkan Iskandar kepada pihak Luncai Emas, dan dari situlah bermulanya kerjasama ini.

Iskandar yang sebelum ini dikenali dengan vokalnya yang bertenaga dalam menyampaikan lagu-lagu beremosi, mengakui amat bersyukur dapat bekerjasama dengan nama-nama besar seperti Aidil AF dan Dato’ M. Nasir. Baginya, lagu ini bukan sekadar mencerminkan kisah peribadi, malah menjadi simbol kebangkitannya dalam industri muzik. Beliau turut menyatakan harapan agar Sewaktu Bahagia bukan sahaja diterima dengan baik, tetapi mampu menjadi lagu evergreen yang terus relevan merentas generasi. Iskandar turut menzahirkan penghargaan kepada para peminat yang tidak pernah jemu menyokongnya. Katanya, “Terima kasih atas segala doa dan sokongan. Nantikan yang terbaik daripada saya.”

Pengarah Produksi Luncai Emas Sdn. Bhd., Keon Omar telah memilih penerbit muda Hidayat Nasir untuk menerbitkan lagu ini. Menurut Hidayat, beliau amat bersyukur diberi kepercayaan untuk menerbitkan single terbaru nyanyian Iskandar, hasil ciptaan Aidil, yang turut menandakan kemunculan semula Iskandar setelah beberapa tahun menyepi tanpa karya baharu. Hidayat menyifatkan kolaborasi ini tidak akan berjaya tanpa sokongan pihak Luncai Emas yang mempercayai kemampuannya sebagai penerbit baharu.

Antara cabaran utama yang dihadapinya ialah memastikan lagu tersebut menepati karakter maskulin Iskandar. Dalam proses penghasilan lagu ini, Hidayat turut dibantu oleh beberapa individu hebat seperti Zahar dari kumpulan Pitahati selaku pemain gitar, Faliq Mohd sebagai jurutera bunyi, serta abang Ujang dari kumpulan Exist yang memainkan drum untuk lagu ini.

Karya ini juga menerima sentuhan istimewa daripada Dato’ M. Nasir, yang turut membimbing dan memberi nasihat kepada Iskandar agar penyampaian lagu ini lebih berkesan. Bimbingan daripada tokoh muzik tanah air itu memberikan impak besar terhadap mutu akhir Sewaktu Bahagia.

Lagu ini bakal diperkenalkan kepada umum menerusi pelancaran video lirik rasmi di saluran YouTube Luncai Emas pada 25 Julai 2025, bersama pelancaran audio rasmi di semua platform digital.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: “The Defects”: K-Drama Thriller Baharu Bongkar Realiti Gelap Pemerdagangan Kanak-Kanak
Next: MIFFest 2025 Celebrates Global Cinema with Official Screening Line-Up and Star Appearances

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
5 SEBAB KENA TENGOK PEWARIS SUSUK copy 2 (1)
  • Artist
  • Filem Seram
  • Telefilem

5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Luqman Hakim May 6, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.