Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Promotion
  • ‘SELAMA BERDUA’ TAMPIL DENGAN KELAINAN VOKAL OLEH FIRDAUS RAHMAT
  • Music
  • Promotion

‘SELAMA BERDUA’ TAMPIL DENGAN KELAINAN VOKAL OLEH FIRDAUS RAHMAT

Helmi Aziz March 14, 2024 (Last updated: March 14, 2024) 2 minutes read

Firdaus Rahmat yang merupakan seorang penyanyi, komposer, dan penulis lirik sepenuh masa ini memulakan kariernya sebagai ahli kumpulan vokal selama setahun sebelum menghasilkan karya solo pertamanya pada 2019. Bakatnya dalam menghasilkan karya lagu tidak dapat dinafikan lagi, terbukti dengan lagu ciptaannya sendiri iaitu Kalam dan Waktu, yang mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu edisi ke-38. Terbaharu, Firdaus telah dipilih untuk membawakan lagu ‘Selama Berdua’, yang menjadi lagu runut bunyi bagi drama slot Lestary ‘Iskandar Chempaka’, yang telah mula ditayangkan di TV3 sejak 7 Mac lalu.

Lagu ’Selama Berdua’ dilihat bergandingan dan sesuai dengan drama ‘Iskandar Chempaka’ kerana kandungan yang seakan sama dengan liriknya. Lirik lagu ‘Selama Berdua’ menceritakan tentang luahan kasih sayang seseorang kepada kekasihnya yang mengharapkan keabadian cinta mereka untuk selama-lamanya walaupun ada ketika perlu menempuhi kesukaran hidup, akan tetapi dia sedar bahawa kehadiran kekasihnya membuatkan hidupnya sempurna.

Menurut Firdaus, “‘Selama Berdua’ bukanlah genre yang saya biasa nyanyikan kerana ia merupakan sebuah lagu genre balada. Sebenarnya, saya terkejut semasa diberikan kepercayaan untuk menyanyikan lagu runut bunyi bagi drama TV3 kerana saya tak pernah terfikir akan meneruskan karya ke arah genre R&B Balada yang sebenarnya agak lari dari arus muzik yang asalnya saya bawakan. Itulah cabaran utama saya. ”

“Saya rasa bersyukur dan teruja untuk membawakan lagu ini kerana lagu ini sendiri merupakan hasil cipta Omar K dan saya sendiri. Saya sudah bekerja dengan Omar K dan ini membuatkan perjalanan dalam menghasilkan lagu ini sehingga rakaman, berjalan dengan teratur. Sudah beberapa kali juga kami bekerjasama tetapi kali ini kami ingin mencipta kelainan dari segi pembawakan lagu ini kerana ia perlu dinyanyikan dengan tona suara yang lain daripada kebiasaan. Harapan saya semoga lagu ini mendapat tempat di hati penonton drama Lestary ‘Iskandar Chempaka’ dan juga pendengar,” jelas Firdaus lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu ’Selama Berdua’ nyanyian Firdaus Rahmat yang telah mula bergema di platform iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, Tidal dan Deezer sejak 1 Mac lalu. Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok. 

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: MARSHA MILAN LUAH EMOSI MELALUI ‘DULU, KINI DAN AKHIRNYA’
Next: HONOR To Open First Exclusive Service Center at Pavilion Embassy on March 17

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
AWIE ROCK KING POSTER
  • Community
  • Entertainment
  • Event
  • lagu
  • Lifestyle
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Last Man Standing 2026: Awie Kembali Gegar Pentas Ikonik Stadium Merdeka

Farihin Azlan May 5, 2026
WhatsApp Image 2026-05-04 at 09.45.19
  • Collabration
  • Entertainment
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Revolusi Metal! Cromok & Barbarik Janji Gegaran Luar Biasa Di Konsert Black On White

Allya Adriana May 4, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.