Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Segala Halangan Diredahi dengan Penuh Kesabaran, Bila Hati Memilih Dia
  • ACTIVITY

Segala Halangan Diredahi dengan Penuh Kesabaran, Bila Hati Memilih Dia

Helmi Aziz March 25, 2022 (Last updated: March 28, 2022) 2 minutes read
BHMD-1

Sebuah drama terbaru bakal menghiasi slot Samarinda di TV3 menjelang Ramadan 2022 yang turut dinantikan untuk tontonan seisi keluarga berjudul “Bila Hati Memilih Dia” bakal bersiaran bermula 28 Mac 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQiyi pada hari yang sama selepas siaran di TV3.

Berdasarkan sebuah novel hasil karya Wan Nur Najihah (KARNADYA) kini diadaptasikan kepada sebuah drama terbitan Global Station Sdn. Bhd. yang menampilkan gandingan pelakon hebat Aedy Ashraf dan Eyka Farhana sebagai peneraju utama.

Drama bersiri 15 episod ini mengisahkan seorang gadis bernama Adra lakonan Eyka Farhana yang baru menamatkan zaman pengajiannya sambil menunggu tawaran pekerjaan pada masa yang sama dipaksa untuk mendirikan rumahtangga bersama-sama Farhan lakonan Azri Sabri merupakan agenda Makcik Melur lakonan Zila Bakarin.  Memberi alasan kerana dirinya masih tidak bersedia, Adra  menolak permintaan tersebut.

Aedy Ashraf yang melakonkan watak sebagai Nazril merupakan seorang bapa tunggal dan terpaksa mencari seorang pengasuh untuk anak perempuannya iaitu Nufail setelah berpindah di Langkawi.  Setelah mendengar jaminan yang diberikan oleh ibu tirinya bahawa dia berpeluang bekerja di Kuala Lumpur, Adra bersetuju untuk menjadi pengasuh Nufail setelah dipaksa oleh Makcik Melur.

Insiden yang tidak disangka-sangka telah berlaku sewaktu berada di Langkawi, Adra telah dituduh menculik anak Nazril setelah bapa tunggal tersebut melihat anaknya dipeluk oleh Adra setelah Nufail hilang ketika Nazril sibuk menjawab panggilan telefon.

Keesokan hari sewaktu Adra tiba di rumah Nazril untuk berkhidmat sebagai pengasuh Nufail, Nufail telah menceritakan perkara sebenar kepada bapanya berikutan insiden di Langkawi lantas Nazril meminta maaf dan memohon kepada Adra untuk terus berkhidmat dengannya kerana Nufail berasa sangat selesa dengan kehadiran Adra.

Ibu tiri Adra, Makcik Melur tetap meneruskan agendanya untuk terus menjodohkan Adra dengan Farhan tetapi ditolak oleh Adra kerana personaliti Farhan yang tidak disukai gadis tersebut.  Shahz Jaszle melakonkan watak sebagai Fadhil yang merupakan abang kepada Farhan, juga cuba memikat Adra.

Satu hari, satu insiden berlaku yang membuat Adra dan Nazril terperangkap tanpa siasatan kejadian sebenar. Adakah kesudahan nasib Nazril dan Adra? Semuanya akan terjawab dalam slot Samarinda: Bila Hati Memilih Dia bermula 28 Mac 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada jam 10.00 malam di saluran TV3.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: BNM lancar MYOR-i rangsang inovasi produk kewangan Islam
Next: SDP catat RM2.7 bilion sepanjang lima tahun

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.