Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Sarat Makna & Emosi, Dato’ Aishah Persembahkan Karya Terbaharu “Taman Keabadian”
  • ACTIVITY
  • Artist
  • Entertainment
  • Music
  • music

Sarat Makna & Emosi, Dato’ Aishah Persembahkan Karya Terbaharu “Taman Keabadian”

Helmi Aziz August 4, 2025 3 minutes read
0408 aishahhh

Nama Dato’ Aishah tidak asing lagi dalam dunia muzik tanah air. Selepas hampir empat puluh tahun berkecimpung dalam industri seni, beliau terus membuktikan kelangsungan dan kecintaan terhadap muzik dengan melancarkan single terbaharu berjudul “Taman Keabadian”, sebuah karya penuh penghayatan dan sarat dengan emosi hasil ciptaan komposer berbakat, Senna, yang mengetengahkan sisi jiwa dan spiritualiti dalam muzik.

“Taman Keabadian” bukan sekadar lagu baharu tetapi merupakan hadiah istimewa buat para peminat yang telah lama merindukan suara dan sentuhan magis Dato’ Aishah. Lebih daripada itu, ia menjadi lambang keteguhan beliau sebagai seorang seniman yang tetap berdiri teguh, terus menghasilkan karya bermakna dan mampu menyentuh perasaan pendengar merentas generasi.

Lagu ini menyentuh tema yang cukup dekat dengan hati ramai tentang kehilangan insan tersayang, kerinduan yang tidak berpenghujung serta harapan untuk kembali bersatu. Sama ada kehilangan ibu bapa, ahli keluarga, sahabat atau teman seperjuangan yang telah pergi, “Taman Keabadian” mengangkat rasa rindu itu dengan penuh kelembutan dan keikhlasan. Dalam setiap bait liriknya tersirat keyakinan bahawa pertemuan semula akan terjadi di alam abadi kelak.

Menurut Dato’ Aishah, lagu ini membawa makna yang sangat mendalam. Beliau berharap pendengar yang sedang melalui fasa kehilangan akan menemui ketenangan dan kekuatan daripada lagu ini. Katanya, kerinduan hanya dapat diubati dengan keyakinan bahawa kita akan bertemu lagi di tempat yang dijanjikan iaitu Taman Keabadian. Lagu ini adalah doa dan pengharapan untuk semua.

Bagi Senna selaku pencipta lagu, proses menghasilkan “Taman Keabadian” amat istimewa dan bersifat peribadi. Beliau mengakui bahawa Dato’ Aishah adalah pilihan tepat untuk menyampaikan lagu ini kerana keupayaan beliau untuk menyanyi bukan hanya dengan teknik tetapi dengan roh dan jiwa. Senna menyifatkan lagu ini sebagai satu karya yang memerlukan penyampaian yang tulus dan penuh penghayatan, sesuatu yang berjaya dilaksanakan oleh Dato’ Aishah dengan sempurna.

Dato’ Aishah turut menzahirkan harapan agar lagu ini bukan sahaja menghiburkan tetapi mampu menjadi pengubat jiwa bagi sesiapa yang sedang bergelut dengan rasa rindu dan kehilangan. Beliau menujukan lagu ini khas buat mereka yang merindui insan insan tercinta yang telah pergi dengan harapan ia dapat menjadi teman doa dan semangat untuk terus tabah.

Kerjaya muzik Dato’ Aishah bermula di peringkat antarabangsa apabila beliau menjadi vokalis kumpulan Aishah & The Fan Club yang berpangkalan di New Zealand pada era 1980an. Lagu seperti “Don’t Let Me Fall Alone” dan album “Sensation” mencetuskan fenomena dan menjadikan beliau artis Malaysia pertama yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa serta tersenarai dalam carta Billboard.

Sekembalinya ke Malaysia, beliau meneruskan kecemerlangan sebagai penyanyi solo dengan deretan lagu balada yang kini dianggap klasik seperti “Janji Manismu”, “Cinta Beralih Arah”, “Bahtera Merdeka” dan “Kemaafan Dendam Yang Terindah”. Lagu lagu ini bukan sahaja dikenali luas tetapi turut diwarisi oleh generasi baharu yang masih setia menyanyikannya hingga hari ini.

Dengan pelbagai anugerah dan pengiktirafan termasuk dari Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik serta penganugerahan gelaran Dato’ atas sumbangannya dalam bidang seni, Aishah kini menjadi simbol budaya dan ikon seni negara. Beliau menyatakan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk terus berkarya dan berharap setiap lagu yang dihasilkan akan terus hidup dalam jiwa pendengar sebagaimana lagu lagu itu hidup dalam dirinya sendiri.

Dalam usaha menghidupkan kembali legasi muziknya, Dato’ Aishah kini aktif di media sosial menerusi Instagram dan TikTok di bawah nama pengguna aishahjmm. Di platform ini, peminat boleh menikmati semula lagu lagu klasik dalam versi remastered termasuk “Janji Manismu”, “Sensation”, “Fatwa Pujangga”, “Don’t Let Me Fall Alone” dan “Syurga Di Telapak Kaki Ibu”.

Single “Taman Keabadian” akan tersedia di semua platform penstriman digital bermula 8 Ogos 2025 dan dijangka menyentuh hati ramai dengan mesej kasih yang mendalam serta harapan abadi.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Kotak x Arda Hatna Kembali! Zepp KL Bakal Bergetar 21 Sept Ini Sempena Ulang Tahun ke-21
Next: Suasana Meriah Dijangka di KL Street Jam, Laman Jejak Pahlawan

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
5 SEBAB KENA TENGOK PEWARIS SUSUK copy 2 (1)
  • Artist
  • Filem Seram
  • Telefilem

5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Luqman Hakim May 6, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.