Rumah Ngaji Perak teruskan kempen solidariti Palestin

Rumah Ngaji Perak teruskan kempen solidariti Palestin

Inisiatif Rumah Ngaji Perak meneruskan kempen solidariti untuk rakyat Palestin dalam usaha memupuk kesedaran berterusan kepada orang ramai.

Inisiatif Rumah Ngaji Perak meneruskan kempen solidariti untuk rakyat Palestin dalam usaha memupuk kesedaran berterusan kepada orang ramai.

KAMPAR – Rumah Ngaji Perak meneruskan kempen solidariti untuk rakyat Palestin dalam usaha memupuk kesedaran berterusan kepada orang ramai.

Penasihat Rumah Ngaji Perak, Datuk Normah Hanum Ibrahim berkata, ketika ini rejim Zionis secara terus menerus masih melakukan kekejaman terhadap penduduk di sana menyebabkan kematian dan kemusnahan harta benda terus meningkat.

“Kami di Rumah Ngaji berasakan bahawa doa dan kesedaran terhadap penindasan penduduk Palestin mesti diteruskan dan dirasai setiap manusia terutama umat Islam.

“Kalau tidak dilakukan secara berterusan, perkara ini akan sepi dan berasakan pembunuhan itu perkara biasa. Sebenarnya tidak, itu bukan perkara biasa, sangat-sangat luar biasa,” katanya kepada Sinar Harian.

Sumber