Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • CONCERT
  • Ruang Inspirasi Festival 2025 Hidangkan Emosi dan Muzik Bersama Juicy Luicy di Kuala Lumpur
  • CONCERT
  • Music

Ruang Inspirasi Festival 2025 Hidangkan Emosi dan Muzik Bersama Juicy Luicy di Kuala Lumpur

Helmi Aziz June 30, 2025 (Last updated: June 30, 2025) 3 minutes read
JUICY LUICY 4

Sebuah pengalaman muzik yang bukan sahaja menghibur, tetapi juga menyentuh hati dan memberi inspirasi bakal mewarnai ibu kota menerusi penganjuran Ruang Inspirasi Festival (RIF) 2025. Acara yang dijadual berlangsung pada Sabtu, 17 Ogos 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur ini menjanjikan detik penuh makna, khususnya buat generasi muda yang dahagakan hiburan bermutu dan sarat emosi.

Dianjurkan oleh Expoindo bersama rakan tempatan Thrive, RIF tampil dengan pendekatan baharu dalam penganjuran konsert menggabungkan elemen persembahan langsung dengan perkongsian kisah peribadi serta ilham di sebalik karya muzik. Festival ini bukan hanya menampilkan muzik sebagai medium hiburan, tetapi sebagai ruang untuk menyemai harapan, kekuatan dan inspirasi kepada para penonton.

Menurut kenyataan penganjur, Ruang Inspirasi Festival bertujuan mencipta satu ruang yang lebih bermakna untuk peminat muzik berhubung dengan artis kegemaran mereka. “Nama ‘Ruang Inspirasi’ membawa maksud bahawa muzik mempunyai kuasa untuk menyentuh jiwa dan menghidupkan semangat. Kami ingin mencipta satu suasana yang lebih peribadi dan penuh makna lebih daripada sekadar konsert biasa,” ujar pihak Expoindo.

Edisi kali ini menampilkan Juicy Luicy, kumpulan pop alternatif terkenal dari Indonesia sebagai artis utama. Kumpulan ini yang popular dengan lagu-lagu seperti Lantas, Lampu Kuning, Sialan dan banyak lagi, amat dekat di hati pendengar Malaysia khususnya golongan muda. Pemilihan Juicy Luicy dianggap tepat berdasarkan pengaruh mereka yang kuat dalam mencorakkan landskap muzik emosi dan relatable di rantau ini.

“Lagu-lagu Juicy Luicy bukan sekadar hits ia mencerminkan realiti dan perasaan sebenar anak muda masa kini. Mereka membawa mesej yang mendalam dan berani menyentuh sisi emosional dalam kehidupan. Inilah sebab mereka dipilih sebagai tumpuan utama RIF 2025,” tambah kenyataan itu lagi.

Menariknya, RIF 2025 bukan hanya tentang menyanyi di atas pentas. Artis yang terlibat juga akan berkongsi pengalaman dan kisah di sebalik perjalanan seni mereka, menjadikan festival ini lebih dekat dan penuh nilai dengan penonton. Ia merupakan peluang eksklusif untuk peminat mengenali artis kesayangan mereka secara lebih mendalam sebagai insan, bukan hanya selebriti.

RIF turut menjadi platform penting dalam usaha merapatkan hubungan budaya antara Malaysia dan Indonesia. Menurut Expoindo, penganjuran festival ini bakal diperluas ke bandar-bandar utama lain di Malaysia dalam waktu terdekat. Visi jangka panjang mereka adalah untuk menjadikan RIF sebagai acara muzik serantau yang menyatukan artis dan peminat merentas sempadan negara.

Sebagai kejutan menarik, festival ini akan menampilkan dua sesi persembahan pada hari yang sama satu pada waktu tengah hari dan satu lagi pada waktu malam. Artis tambahan yang bakal menghangatkan sesi persembahan tengah hari akan diumumkan dalam masa terdekat.

Harga tiket bagi persembahan malam menampilkan Juicy Luicy bermula daripada RM128 sehingga RM528 untuk pelbagai kategori tempat duduk termasuk VVIP, VIP, Gold, Silver dan Standing. Peluang untuk bergambar berkumpulan juga ditawarkan dengan tambahan RM150. Semua tiket adalah dalam fasa ‘Pre Sale’ dan akan mula dijual pada 3 Julai 2025 (Khamis), bermula jam 12.00 tengah hari melalui aplikasi BBO Events dan laman web rasmi ri-fest.com/kualalumpur.

Untuk maklumat lanjut dan pengumuman terkini, peminat disarankan untuk mengikuti akaun rasmi @rifest.my di TikTok dan Instagram. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada konsert inspirasi paling menyentuh hati tahun ini!

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Universal Music Malaysia dan Faithful Music Jalin Perkongsian Strategik, Perkukuh Dominasi Muzik Nusantara
Next: ESGAMConnect: Malaysia’s New Digital Engine to Accelerate Business Sustainability

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
AWIE ROCK KING POSTER
  • Community
  • Entertainment
  • Event
  • lagu
  • Lifestyle
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Last Man Standing 2026: Awie Kembali Gegar Pentas Ikonik Stadium Merdeka

Farihin Azlan May 5, 2026
WhatsApp Image 2026-05-04 at 09.45.19
  • Collabration
  • Entertainment
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Revolusi Metal! Cromok & Barbarik Janji Gegaran Luar Biasa Di Konsert Black On White

Allya Adriana May 4, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.