Ringgit dijangka naik minggu depan berikutan sentimen semakin baik

Ringgit dijangka naik minggu depan berikutan sentimen semakin baik disebabkan keputusan diambil oleh bank-bank pusat utama.

Ringgit dijangka naik minggu depan berikutan sentimen semakin baik disebabkan keputusan diambil oleh bank-bank pusat utama.

RINGGIT dijangka naik minggu depan berikutan sentimen semakin baik disebabkan keputusan diambil oleh bank-bank pusat utama.

Kenanga Research berkata, perubahan dasar yang mungkin dilakukan Bank of Japan (BoJ) dan jangkaan pasaran terhadap kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dan data pekerjaan AS yang lemah mungkin menjejaskan kenaikan dolar AS minggu depan.

Ia berkata, mesyuarat oleh bank pusat seperti mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC), BoJ dan mesyuarat terakhir Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia semuanya dijadualkan berlangsung minggu depan.

“Ringgit mungkin mengukuh berbanding dolar US sekiranya sentimen berisiko bertambah baik dengan sokongan segera pada 4.773,” katanya dalam nota penyelidikan.

Sumber