Rezza Shah & Sophia Albarakbah Persembahkan Drama ‘Diari Seorang Lelaki’ di Pentas CSOIAM

Minggu ketiga Calpis Soda One In A Million (OIAM) menyaksikan pelbagai kejutan luar biasa yang mencuri perhatian ramai. Antara momen paling epik adalah persembahan dramatik Rezza Shah dengan lagu Diari Seorang Lelaki. Kejutan menjadi lebih besar apabila pelakon terkenal, Sophia Albarakbah, muncul secara tiba-tiba di atas pentas, mencipta detik memukau yang sukar dilupakan.

Namun, walaupun penuh emosi, Rezza Shah bersama Dayangku Iffah, Hafiz Zainal, dan Eylia Guntabid berada dalam kedudukan empat terendah minggu ini. Menurut juri tetap, Datuk Yusri, “Keempat-empat peserta ini menghadapi cabaran yang sama – kekurangan impak emosi yang seharusnya memberi jiwa kepada persembahan mereka.”

Minggu ini menandakan pengakhiran perjalanan buat Hafiz Zainal dan Dayangku Iffah yang terpaksa meninggalkan pentas OIAM. Walaupun menerima pujian daripada juri atas usaha gigih mereka, kedua-dua peserta tidak berjaya menyaingi kehebatan pesaing lain. Pemergian mereka disambut dengan suasana hiba, namun mereka tetap meninggalkan pentas dengan penuh kebanggaan sebagai bakat muda yang telah memberi segalanya.

Marygrace dinobatkan sebagai peserta paling menyerlah minggu ini selepas persembahannya yang penuh bertenaga dan emosi mendalam melalui lagu Memori Tercipta. Kejayaannya membuka peluang besar apabila beliau diumumkan bakal berduet dengan legenda muzik, Datuk Ramli Sarip, dalam persembahan bertema minggu hadapan.

Zazzleen turut mencuri perhatian menerusi lagu Wajah Rahsia Hati yang asalnya dipopularkan oleh Fauziah Dato’ Ahmad Daud (Ogy). Dengan sentuhan uniknya, Zazzleen mengejutkan peminat apabila menerima mesej video khas daripada Kak Ogy sendiri. “Kejutan ini memberi inspirasi kepada saya untuk memberikan persembahan terbaik malam ini,” katanya.

Acara minggu ini terus dipenuhi kejutan menarik, termasuk persembahan pembukaan daripada kumpulan Ruffedge, duet indah oleh Aina Abdul, dan persembahan penutup penuh emosi daripada Ernie Zakri. Populariti rancangan ini melonjak apabila berjaya menjadi topik trending di platform X untuk tiga minggu berturut-turut.

Minggu hadapan, tema “Sinergi Muzik” menjanjikan persembahan luar biasa apabila baki lapan peserta – Rezza Shah, Mariam, Alya Mardien, Kai Deva, Zazzleen, Marygrace, Jimi, dan Eylia Guntabid – bakal berentap untuk merebut tempat ke pusingan seterusnya.

Undian anda sangat penting! Dengan 40% keputusan bergantung kepada undian penonton, pastikan anda menyokong peserta kegemaran anda. Saksikan Calpis Soda One In A Million secara langsung di TV3 setiap Ahad, jam 9.00 malam, atau strim dalam HD di Tonton.

Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah utama berupa sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000. Ikuti juga Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam, untuk sorotan eksklusif pengalaman peserta.

Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dengan hashtag rasmi #OIAM.