Drama Keluarga Itu Terus Menjadi Perbualan, Watak Ansara Dikaitkan dengan Fattah Amin?
Drama Keluarga Itu semakin mencuri perhatian apabila watak Ansara, yang dibawakan oleh Fattah Amin, dikatakan mempunyai persamaan dengan kisah hidupnya. Spekulasi ini mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial, dengan komen seperti “Macam kisah benar Fattah pula…” dan “Kenapa watak Fattah dalam cerita ini seolah-olah mencerminkan kehidupannya sendiri?”
Dalam majlis istimewa Iftar Keluarga Itu pada Rabu lalu, penerbit dan penulis drama ini, Eirma Fatima, menafikan dakwaan bahawa watak Ansara diinspirasikan daripada kehidupan peribadi Fattah. Menurutnya, “Saya menulis skrip Keluarga Itu dan menawarkan watak ini kepada Fattah sebelum dia bercerai. Saya tidak pernah ambil tahu tentang punca perceraiannya. Sama ada kebetulan atau tidak, saya sendiri tidak pasti. Mungkin aspek perceraian itu ada persamaan, tetapi selain itu, saya tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Apa yang pasti, jalan cerita ini telah dirancang lebih awal.”
Ketika ditanya mengenai spekulasi tersebut, Fattah Amin memilih untuk tidak memberikan komen lanjut. Beliau berkata, “Sebagai pelakon, saya hanya melakonkan watak berdasarkan skrip yang diberikan oleh penulis dan pengarah. Apa yang lebih penting bagi saya adalah melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin. Itu sahaja.”

Jangan lepaskan peluang untuk menonton episod seterusnya Keluarga Itu, menemani malam anda setiap Jumaat hingga Ahad pada pukul 9.00 malam di TV3! Anda juga boleh menonton 24 jam lebih awal melalui www.tonton.com.my atau dengan memuat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.
Dapatkan info terkini mengenai drama kegemaran anda dengan mengikuti laman sosial rasmi TV3 di Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram @TV3Malaysia serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.