Sebuah babak dari drama TV3 Keluarga Itu mencetus fenomena apabila tular di TikTok dengan jutaan tontonan dan ribuan komen menyentuh hati. Adegan emosional yang menyayat jiwa ini menyaksikan Dhamiah (Puteri Balqis) dan Aman (Amir Ahnaf) dilanda kesedihan mendalam apabila mereka menemui mayat bayi yang ditanam dipercayai anak mereka yang hilang, Jihad.
Dalam detik mengharukan itu, Dhamiah menjerit penuh hiba seakan hilang kewarasan, manakala Aman pula rebah tidak sedarkan diri kerana terlalu terkejut. Reaksi luar biasa mereka menjadikan babak ini antara momen paling menyentuh hati dalam siri tersebut, memaparkan kasih sayang tidak terhingga dua insan muda terhadap anak yang mereka cintai.
Penonton membanjiri TikTok dengan komen penuh emosi dan tanda tanya siapakah dalang sebenar di sebalik tragedi ini? Lakonan mantap Puteri Balqis dan Amir Ahnaf disifatkan begitu hidup, menyerap dan penuh penghayatan. Antara komen seperti “Part Aman pengsan tu aku banjir”, “Menjadi betul lakonan Mia, Aqish memang hebat”, serta “Terbaik lakonan mereka berdua” membuktikan impak besar dua pelakon muda ini terhadap penonton. Malah, ramai menyuarakan bahawa mereka layak diiktiraf dengan anugerah berprestij atas persembahan luar biasa ini.
Keluarga Itu disemarakkan lagi dengan barisan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, Fattah Amin, Muaz Zabir, Melissa Campbell dan Izara Aishah, menjadikan setiap episod penuh emosi dan dramatik.
Jangan lepaskan episod terakhir drama Keluarga Itu yang bakal ditayangkan pada 9 Mei ini, hari Jumaat, jam 9.00 malam di TV3. Anda juga boleh menonton lebih awal, 24 jam sebelum siaran di TV, secara strim eksklusif di www.tonton.com.my atau melalui aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store. Untuk lebih banyak info dan perkembangan terkini drama kegemaran anda, ikuti TV3 di Facebook, Twitter, YouTube & Instagram rasmi @TV3Malaysia serta @dramasangat di Instagram.