Pulau Payar Marine Park

Pulau Payar Marine Park

Pulau Payar Marine Park     

Pulau Payar Marine Park merupakan antara pulau yang terdapat di Pulau Langkawi. Sekiranya berkunjung  ke Pulau Langkawi, tidak lengkap sekiranya tidak mencuba aktiviti snorkling, menyelam, berenang disini. Pengunjung yang datang dari pekan jeti boleh menaiki bot laju dengan mengambil masa 45 minit perjalanan untuk ke Pulau Payar.

Ada juga pakej-pakej yang telah termasuk aktiviti-aktiviti di Pulau Payar Marine Park dengan bayaran yang sangat berpatutan. Harga pakej ini adalah berbeza mengikut agensi – agensi di Pulau Langkawi.

Kepada mereka yang tidak reti berenang, jangan risau kerana disediakan “Life Jacket” untuk keselamatan anda. Life Jacket ini berwarna kuning terang dan anda akan diawasi juga oleh Pengawal laut dari Pulau Payar Marine Park.  Disamping itu, untuk aktiviti snorkling. Pengunjung telah dihadkan kawasan renang dengan penanda aras untuk mengelakkan pengunjung berenang terlalu jauh dari kawasan yang ditetapkan.

Untuk pertanyaan boleh telefon:

Telefon    :+6047339086

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *