Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • ‘PTTI Pecutan Akhir SPM’ akan bersiaran secara langsung di ntv7 bermula 9 Disember 2023
  • News

‘PTTI Pecutan Akhir SPM’ akan bersiaran secara langsung di ntv7 bermula 9 Disember 2023

Helmi Aziz December 7, 2023 (Last updated: December 7, 2023) 3 minutes read

Menghadapi ujian Sijil Pelajaran Malaysia 2023 (SPM 2023), Media Prima Berhad dengan bangganya mengumumkan kerjasama strategik bersama Pusat Transformasi Teknologi Pendidikan (PTTI), peneraju utama dalam pendidikan digital di Malaysia. PTTI, yang terkenal dengan keberhasilannya dalam mengubah corak pembelajaran konvensional kepada pengalaman digital yang lebih interaktif dan efektif, kini bersama saluran ntv7 untuk mempersembahkan program unggulan, iaitu ‘PTTI Pecutan Akhir SPM’.

‘PTTI Pecutan Akhir SPM’ akan bersiaran secara langsung di ntv7 bermula 9 Disember 2023, setiap hari Sabtu dan Ahad, pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi sebanyak 16 episod. Ikuti pembelajaran dan Teknik menjawab soalan-soalan peperiksaan SPM untuk mata pelajaran teras dan aliran Sains iaitu   BahasaMelayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia daripada barisan tenaga pengajar PTTI yang berpengalaman.

Untuk merealisasikan kolaborasi ini, sidang media ‘PTTI Pecutan Akhir SPM’ telah berlangsung di Theatrette, Sri Pentas Bandar Utama pada hari ini. Hadir ke majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia, Datuk Mohd. Efendi Omar; Ketua Pegawai Eksekutif ntv7, Seelan Paul; Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman serta duta dan ikon PTTI iaitu Iman Troye dan MK K-Clique.

Seelan Paul, Ketua Pegawai Eksekutif ntv7 berkata, “Kami amat mengalu-alukan kolaborasi sebegini untuk mempelbagaikan lagi program pendidikan dan kandungan didik hibur di ntv7. Kami berharap penonton ntv7 terutamanya calon-calon peperiksaan SPM 2023 akan mendapat manfaat besar daripada program ‘PTTI Pecutan Akhir SPM 2023’ yang memperkenalkan cara pembelajaran mudah, ringkas dan menyeronokkan.”

Menurut Siti Farhana Abu Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, “PTTI merupakan platform pendidikan dalam talian di Malaysia dengan formula dan teknik menjawab peperiksaan yang terbukti Berjaya membantu pelajar meningkatkan gred peperiksaan menerusi pembelajaran mudah dan ringkas. Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan akses pendidikan berkualiti tetapi juga membantu pelajar mencapai kecemerlangan akademik. Menerusi kolaborasi dengan Media Prima Berhad dimana ntv7 sebagai platform, saya percaya dapat membantu lebih ramai pelajar dan menaikkan lagi jumlah pelajar peroleh semua A di Malaysia di SPM 2023 ini.”

‘PTTI Pecutan Akhir SPM’ 2023 dikendalikan oleh tenaga pengajar PTTI yang berpengalaman iaitu Muhammad Faizul bin Abd Hamid (Dr Faizul), Siti Farhana binti Abu Osman (Miss Fana), Race Monsopiad Moujing Jr (Sir Race), Amirul Asyraf Mustafakamal Shah (Sir Berg), Khairul bin Kamaruddin (Mr. K), Asrin Haikal bin Amir Hamzah (Sir Asrin), Hafiy Hanani Sarju (Miss Hanani), Muhammad Dzulfahmi bin Salehuddin (Sir Fahmi), Mohd Rashdan Bin Fauzan (Sir Rashdan), Muhammad Rozi bin Zulamran (Sir Rozi), Khairul Hamidi bin Khairul Anuar (Sir Midi), Umi Nazira Bt Mohd Yunan (Miss Umi), dan Nur Lahaniz binti Daud (Miss Neez).

Mereka akan mengajar teknik-teknik menjawab berdasarkan analisis soalan percubaan SPM dari setiap negeri di Malaysia. Di studio, tenaga pengajar PTTI juga akan berinteraksi secara langsung dengan pelajar-pelajar yang dijemput hadir ke studio untuk membantu mereka untuk memahami, menguasai dan cara untuk skor peperiksaan SPM. Pelajar-pelajar yang dijemput ini secara tidak langsung dapat merasai pengalaman pembelajaran yang dikeudarakan secara langsung menerusi platform televisyen.

PTTI turut mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila berjaya mencatat jumlah pelajar memperoleh semua A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 (‘Most Straight A’s SPM Students In A Tuition). Diharap dengan adanya kolaborasi ‘PTTI Pecutan Akhir SPM’ 2023 dapat memberi manfaat kepada pelajar SPM dan sekaligus mendapat keputusan yang cemerlang. Layari www.ptti.my untuk maklumat lanjut mengenai program pendidikan PTTI.

Kepada pelajar yang bakal menduduki SPM 2023, saksikan ‘PTTI Pecutan Akhir SPM’ setiap Sabtu dan Ahad bermula 9 Disember 2023, jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Siaran ntv7 juga boleh diikuti secara langsung menerusi siaran tonton Live TV dan XTRA Live TV, myfreeview CH107, Astro CH147, unifi CH107, dan secara maya menerusi platform digital YouTube @ntv7MALAYSIAOfficial.

Untuk mengikuti perkembangan dan informasi terkini, layari laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan Telegram di @ntv7Malaysia.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: FESTIVAL ASEAN 2023 : MEMERIAHKAN PENCAPAIAN BELIA
Next: Pertumbuhan KDNK dijangka naik kepada 4.7 peratus pada 2024 – MIDF Research

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.