Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • PRESMA & PRIMAS: RAYUAN PENYELESAIAN KRISIS TENAGA KERJA INDUSTRI RESTORAN
  • News

PRESMA & PRIMAS: RAYUAN PENYELESAIAN KRISIS TENAGA KERJA INDUSTRI RESTORAN

Helmi Aziz January 23, 2025 (Last updated: January 23, 2025) 2 minutes read
DSCN1836

Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) yang mewakili lebih ribuan restoran nasi kandar dan nasi daun pisang di seluruh negara, kini berdepan cabaran besar akibat kekurangan tenaga kerja.

Masalah ini timbul susulan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Mac 2024 untuk menghentikan pengambilan pekerja asing serta-merta. Langkah ini memberi impak besar kepada kelangsungan perniagaan restoran di seluruh Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Restoran di bawah PRESMA dan PRIMAS amat bergantung kepada tenaga kerja asing berikutan kekurangan pekerja tempatan yang berminat dalam sektor ini. Kini, terdapat kekurangan hampir 25,000 pekerja, menyebabkan operasi perniagaan terganggu.

Sebagai langkah penyelesaian, PRESMA dan PRIMAS menggesa kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempertimbangkan tiga langkah utama berikut:

1. Kami merayu agar dasar ini diperkenalkan semula, membolehkan pengusaha restoran mengambil pekerja baharu berdasarkan ‘Checked-Out Memo’ di kaunter Imigresen bagi menggantikan pekerja yang pulang ke negara asal.

Sebelum ini, dasar ini berjaya membantu mengurangkan keperluan permohonan baharu pekerja asing. Namun, ia dihentikan oleh kerajaan terdahulu.

2. Kami memohon agar had umur pekerja asing dilanjutkan daripada 45 tahun kepada 60 tahun. Ini kerana ramai pekerja yang masih sihat dan mampu menjalankan tugas mereka dengan baik walaupun telah melebihi usia 45 tahun.

3. Sistem levi berperingkat (multi-tier levy system) dijangka meningkatkan kos pengambilan pekerja asing, menambah beban kepada industri kecil seperti restoran. Kami merayu agar pelaksanaan sistem ini ditangguhkan sehingga masalah kekurangan tenaga kerja diselesaikan dan ekonomi kembali stabil.

Peningkatan kos operasi akibat levi ini boleh menyebabkan kenaikan harga makanan yang pastinya akan membebankan pengguna.

Sebagai sektor penting dalam ekonomi dan budaya negara, industri restoran bergantung kepada tenaga kerja yang mencukupi untuk kelangsungan operasi, terutama bagi restoran 24 jam.

PRESMA dan PRIMAS berharap agar kerajaan dapat mempertimbangkan rayuan ini demi memastikan perniagaan restoran di Malaysia terus bertahan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Vivo X200 Catatkan Peningkatan Jualan 65%, Fokus Inovasi untuk 2025
Next: Unlock the Future of Smartphones: Pre-Order the Samsung Galaxy S25 Series Today!

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.