Perodua santuni anak-anak Al-Yakin

KONVOI Perodua Aruz TransBorneo, yang melibatkan enam buah Perodua Aruz, mengambil peluang semasa di Sandakan semalam untuk berkunjung ke Rumah Jagaan Anak-Anak Yatim Al-Yakin.

Pengurus Wilayah Jualan Timur Malaysia bagi Perodua, Desmond Ong Chee Wah menyampaikan replika cek RM5,000 kepada setiausaha rumah Al-Yakin, Rukman Anshar.

Pengurus Wilayah Jualan Timur Malaysia bagi Perodua, Desmond Ong Chee Wah menyampaikan replika cek RM5,000 kepada setiausaha rumah Al-Yakin, Rukman Anshar.

Semasa kunjungan tersebut, Perodua menyumbang wang tunai sebanyak RM5,000 kepada rumah jagaan tersebut dan menyediakan makanan tengah hari untuk penghuninya yang terdiri daripada 20 anak-anak yatim serta lima penjaga.

“Kami mendekati mereka supaya mereka tahu bahawa masih ada yang prihatin dan mengambil berat tentang mereka. Mereka juga umpama keluarga buat kami, memberi inspirasi kepada kami untuk tidak berputus asa dan sentiasa kuat dalam menempuh apa jua cabaran dan rintangan hidup.

Anak-anak yatim Al-Yakin, Sandakan gembira menerima kunjungan Perodua.

Anak-anak yatim Al-Yakin, Sandakan gembira menerima kunjungan Perodua.

“Sebagai sebuah syarikat tempatan yang mengutamakan insan, kami berharap agar sumbangan ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada mereka,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad.

Konvoi Perodua Aruz TransBorneo berlepas dari Kuching pada 16 Mac lalu dan telah menjelajah melalui Sibu, Bintulu, Miri, Kota Kinabalu, Kundasang dan Sandakan.

Ahli konvoi bergambar kenangan bersama anak-anak yatim di hadapan bangunan Al Yakin.

Ahli konvoi bergambar kenangan bersama anak-anak yatim di hadapan bangunan Al Yakin.

Sepanjang perjalanan, konvoi bertemu dengan masyarakat dan pihak berkuasa tempatan bagi memperkenalkan serta memberi pengalaman pemanduan SUV baharu Perodua kepada mereka.

Konvoi kini berada di Tawau, menandakan tamatnya perjalanan sejauh 1,500 km lebih tersebut.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *