Demi memberikan pengalaman terbaik kepada semua peminat dan penggemar muzik lokal, pihak penganjur akan menjadualkan semula konsert Muzik Kita ke tarikh baharu pada bulan Disember 2025. Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor penting yang mempengaruhi kelancaran dan kejayaan penganjuran acara ini. Setiap aspek konsert termasuk susunan persembahan, sistem bunyi, keselamatan dan keselesaan penonton akan dipastikan berada pada tahap yang terbaik. Pihak penganjur memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan amat menghargai sokongan serta kesabaran semua pihak termasuk peminat, artis, rakan penaja dan media. Maklumat lanjut berkenaan tarikh baharu dan perkara berkaitan tiket akan diumumkan dalam masa terdekat. Terima kasih atas kepercayaan anda, pihak penganjur berjanji Muzik Kita akan kembali dengan lebih hebat dan menyeru semua untuk terus menyokong artis serta muzik lokal. Post navigation 62nd Asia-Pacific Film Festival Kicks Off in Malaysia 29 November with Peter Pau Leading Jury and Syafiq Kyle Honoured as Rising Icon Gemerlapan Bunga Api 360 Darjah di Kuala Lumpur Tower Semarakkan Malam Ambang Merdeka 2025