Peluang Kedua Buat Rezza Shah, Kembali Ke Pentas CSOIAM

Drama penuh debaran menyemarakkan pentas Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) minggu lalu apabila peserta Rezza Shah hampir tersingkir selepas mempersembahkan lagu Obses. Namun, dengan penggunaan kuasa veto oleh juri, keputusan yang mengejutkan itu memberi peluang kedua kepada Rezza untuk terus bersaing. Detik tersebut mencuri perhatian ramai, memberi ruang kepada Rezza untuk kembali beraksi dalam persaingan yang semakin sengit.

Rezza Shah, 22 tahun dari Kuching, Sarawak, adalah bekas peserta rancangan realiti TV dan penyanyi yang mula berlatih vokal sejak usia 8 tahun. Selepas perubahan suara pada usia 12 tahun, beliau mengambil langkah untuk melatih suaranya semula dan menemui identiti vokalnya yang unik. Dengan pengalaman luas dalam dunia seni, Rezza terus mengasah bakatnya, bertekad untuk menggapai kejayaan.

Dalam episod pertama CSOIAM, Rezza mengakui bahawa dia sedikit gementar berhadapan dengan juri hebat seperti Ziana Zain, Datuk Yusry, dan Cakra Khan. Walaupun gementar, Rezza tahu dia perlu memberikan yang terbaik kerana mereka adalah juri yang berkaliber. Ketika diumumkan tersingkir, Rezza akui merasa sedih, namun dia tetap redha dengan keputusan tersebut. Setelah diberi peluang kedua melalui imuniti, beliau berjanji akan memanfaatkan peluang ini sepenuhnya.

Episod pertama CSOIAM menyaksikan kejutan besar apabila daripada 20 peserta yang terpilih, hanya 14 peserta terbaik berjaya mara ke minggu kedua. Beberapa peserta terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal, antaranya Yusriansyah, BFORE3, BOISOVER, Iqmal Romi, Esther, dan Jill Gaisah. Dalam persaingan sengit ini, setiap peserta tampil dengan vokal mantap dan penghayatan luar biasa untuk membuktikan mereka layak digelar ‘satu dalam sejuta’.

Minggu pertama CSOIAM menjadi fenomena di seluruh negara dengan jumlah capaian media sosial yang luar biasa. Persembahan penuh tenaga, kemunculan bekas juara One In A Million dan ikon legendaris KRU, serta aksi hebat 20 peserta menjadikan malam pembukaan satu peristiwa epik yang memukau. Hashtag #OIAM melonjak ke trending nombor 1 di platform “X” dengan lebih 700 juta capaian, menjadikan CSOIAM bukan sekadar rancangan realiti, tetapi satu fenomena hiburan yang menyatukan peminat muzik seluruh tanah air.

Bersiaplah untuk minggu hadapan yang bertemakan ‘Melodi Indah, Segar Membara’. Peserta-peserta top 14 akan mempersembahkan lagu-lagu hit yang diberi nafas baru. Mampukah mereka memukau juri dan penonton dengan X-factor yang dicari? Saksikan secara eksklusif di TV3, jam 9.00 malam setiap Ahad, atau strim secara HD di Tonton melalui laman sesawang rasmi di http://tonton.com.my/calpissodaOIAMTV3.

Selain itu, peminat berpeluang mengundi peserta kegemaran dan berpeluang memenangi hadiah utama, sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 setiap minggu! Jangan lepaskan peluang untuk menyokong peserta kegemaran anda. Undian rasmi bermula minggu hadapan, dengan keputusan berdasarkan gabungan 60% markah juri profesional dan 40% undian penonton.

Saksikan sorotan eksklusif menerusi “Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal” yang akan bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam bermula 26 Disember. Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan rasai kesegaran Calpis Soda, minuman susu kultur berkarbonat pilihan anda musim ini!