
Suasana bola sepak kembali menghangatkan ibu kota apabila jenama kesihatan ikonik, Tiger Balm, secara rasmi melancarkan Legendary Together 3v3 sebuah kejohanan futsal lima hari yang menjanjikan aksi sengit, ganjaran lumayan dan keterujaan buat peminat sukan seluruh negara. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia, kejohanan ini memberikan peluang kepada peserta membentuk pasukan tiga orang sama ada bersama rakan atau ahli keluarga untuk menunjukkan kehebatan dalam format 3-lawan-3 yang pantas dan mencabar.
Kejohanan Legendary Together 3v3 akan berlangsung dari 11 hingga 15 Jun 2025 di MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur, dan disasarkan sebagai platform inklusif untuk memupuk semangat kesukanan serta gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. Lebih mengujakan, pasukan yang muncul juara bakal membawa pulang hadiah utama berupa percutian eksklusif 5 hari 3 malam ke Munich, Jerman, termasuk pengalaman menyaksikan perlawanan kelab bola sepak gergasi dunia, FC Bayern Munich, secara langsung di Allianz Arena.
Majlis pelancaran kejohanan turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa lagenda dan ikon bola sepak negara seperti Datuk Soh Chin Aun, Datuk Santokh Singh, Datuk Zainal Abidin Hassan, Khairul Fahmi Che Mat dan Zaquan Adha. Turut hadir adalah Yvonne Teh, Pengurus Negara, Haw Par Malaysia dan Caryne Au, Pengurus Besar Kanan, Farmaseutikal & Kesihatan Pengguna, DKSH Malaysia Sdn. Bhd., yang bersama-sama menyempurnakan pelancaran dan pendedahan trofi kejohanan.
Sepanjang lima hari acara, pengunjung bukan sahaja akan disajikan dengan perlawanan mendebarkan daripada pasukan-pasukan futsal tempatan, tetapi juga boleh menyertai pelbagai aktiviti interaktif, sudut bergambar eksklusif, serta menikmati pelbagai promosi dan hadiah istimewa daripada Tiger Balm. Ia bukan sekadar kejohanan, tetapi sebuah karnival sukan keluarga yang meriah dan inklusif.
Sebagai jenama yang dipercayai lebih satu abad, Tiger Balm kekal komited dalam menyokong gaya hidup aktif. Produk-produknya seperti plaster hidrogel, gel pra dan pasca senaman, krim dan balsem sapuan telah lama menjadi pilihan utama dalam kalangan atlet profesional dan amatur untuk melegakan sakit otot dan sendi dengan selamat dan berkesan. Ramuan herba semula jadinya memberikan kelegaan pantas tanpa kesan sampingan, menjadikan Tiger Balm rakan senaman yang diyakini ramai.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai Legendary Together 3v3, orang ramai boleh mengikuti saluran media sosial rasmi Tiger Balm dan menyertai keseronokan yang bakal mencipta detik legenda tersendiri.